Wednesday, May 21, 2014



Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada. “Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis. "Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

TELUK INTAN: Pemuda PAS Malaysia hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan BN menyalahgunakan premis awam bagi tujuan berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Ini ekoran ceramah politik yang dijadualkan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak membariskan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, Adun Kok Lanas, Datuk Alwi Ahmad dan Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Yahya.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan BN menggunakan sekolah sebagai lokasi kempen adalah bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 24 b (7) yang melarang penggunaan premis awam untuk kempen pilihan raya.

"Saya mewakili Pemuda PAS melahirkan rasa dukacita dengan tindakan BN menyalahgunakan premis awam bagi tujuan politik kepartian dalam tempoh berkempen ini.

"Ianya juga telah melanggar etika pentadbiran kerajaan yang telus dan amanah berikutan membenarkan penggunaan sebuah premis milik kerajaan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri," katanya ketika ditemui Harakahdaily sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak, Teluk Intan.

Tuesday, May 20, 2014

Video Berkaitan Laporan Polis Yang Dibuat Ke Atas Ustaz Azhar Idrus

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah adalah orang yang membuat laporan polis ke atas Ustaz Azhar Idrus hanya berdasarkan kepada keratan di bawah.

Keratan yang dah lama berlegar di internet. Lihatlah busuk hati penyebarnya, belum apa-apa padanya “Ustaz Azhar Idrus laknatullah” berdasarkan kepada apa yang belum diketahui kesahihannya.

Cuba buat carian akaun Facebook Maryam Mazlieynna Mazlee, dah tak wujud pun. Mungkin hanya diwujudkan untuk memfitnah Ustaz Azhar. Kalau betul apa yang dikatakannya, kenapa dia sendiri yang tak membuat laporan polis.

Benarkah ini orangnya yang menjadi ‘tok dalang’ dalam krisis Terengganu?

Mingguan Malaysia semalam menyebut sepatutnya perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu daripada Datuk Seri Ahmad Said kepada Datuk Ahma Razif Abdul Rahman berjalan lancar, tiada sebarang kontroversi apatah lagi kemelut.

Ia memandangkan Ahmad Said amat memahami perjanjian yang telah beliau lakukan dengan pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun disebabkan ada “tok dalang” yang begitu rancak mengatur strategi untuk memastikan Ahmad Said benar-benar berundur, segala-galanya menjadi kucar-kacir.

Perbuatan “tok dalang” itu bukan sahaja menyebabkan kontroversi dan krisis politik tercetus malah hampir memungkinkan Umno kehilangan kuasa di Terengganu.

Sebenarnya “tok dalang” itu mahu Ahmad Said kekal sebagai menteri besar walaupun Ahmad Said tahu beliau sepatutnya meletakkan jawatan pada 9 Mei lalu.

Tetapi sehingga 12 Mei, Ahmad Said masih jadi menteri besar, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggilnya ke pejabat Perdana Menteri.

“Tok dalang” yang dimaksudkan ialah Datuk Wan Ahmad Wan Muda (gambar) yang merupakan bekas setiausaha sulit kanan menteri besar. Ketika Ahmad Said jadi menteri besar, Wan Ahmad digeruni. Ramai yang jadi mangsa permainan politiknya.

h12