Gambar Kamera Tersembunyi CCTV Di A Famosa Resort Melaka

Gambar kes kamera tersembunyi CCTV dalam tandas di Hotel Villa A Famosa Resort Melaka. Pada 23 Jun 2014, pengguna laman sosial telah digemparkan dengan isu AFamosa Resort terdapat kamera tersembunyi disebalik penyangkuk baju bilik mandi villa berkenaan. Isu pada mulanya disebarkan oleh akaun Facebook Valarie Lam (mangsa) yang menginap bilik hotel resort tersebut. Namun mangsa enggan mendedahkan identiti atau nama hotel yang dimaksudkan. Menerusi blog Singapura (http://www.allsingaporestuff.com), kisah tersebut sudah disebarkan oleh seorang rakan Valarie Lam yang berasal dari Singapura dan turut mendakwa kes itu berlaku di A’Famosa. Untuk mengesahkan dakwaaan itu lagi, pihak kami cuba membanding foto yang disebarkan oleh Valarie Lam dengan foto bilik mandi di Hotel A Famosa Resort yang diambil dari laman web VillaAfamosa. Namun, hasilnya adalah sangat mengejutkan apabila rekaan atau susunan mozek itu adalah sama seperti dalam foto yang tersebar.


Perbandingan Foto Bilik Mandi Web Vila A famosa Dengan Foto mangsa

Rekaan dan sususan mozek antara bilik mandi yang diambil dari laman web VillaAFamosa adalah sama dengan foto dakwaan mangsa.


Luahan Kisah Yang Tersebar Di Laman Blog Allsingaporestuff.com









No comments:

Post a Comment

h12