Karipap Inti Ciput..@ Bazar Ramadhan

Ada sesetengah peniaga yang menjual di bazar Ramadhan dilihat lebih mementingkan keuntungan semata-mata hingga tergamak menjual makanan dan kuih muih yang mungkin mereka sendiri tak tergamak jamah.

Harga juadah berbuka puasa sekarang pun bukannya murah, sepatutnya ia sudah cukup untuk mendatangkan keuntungan. Jadi, tak perlulah dikurangkan lagi kualiti makanan semata-mata mahu untung lebih. Bukankah keberkatan lebih penting walaupun untungnya tidak sebanyak diraih orang tamak?

Mentang-mentanglah yang membeli tak dapat merasa sebab puasa, janganlah itu dijadikan alasan apabila pulang makanan yang sepatutnya mengalas perut selepas seharian lapar rupanya sudah basi atau ‘lupa’ ditaruh gula dan garam.

Contohnya gambar yang dikongsikan seorang pengguna Facebook ini, bila diletak depan cahaya dapat dilihat inti yang dimasukkan dalam karipap cuma secuit kentang, selebihnya angin semata-mata.


sumber

No comments:

Post a Comment

h12