Thursday, June 19, 2014

Lebih baik kalau beli mercedes buat pergi mengajar...Kerajaan peruntuk RM400 juta beli netbook cikgu

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

"Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh
kementerian untuk membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru. "Antara jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini. Ahmad Shabery berkata demikian bagi menjawab soalan Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) yang bertanyakan mengenai kos yang ditanggung oleh kementerian dalam membekalkan 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena sambutan Hari Guru.

 Dalam pada itu, tambah Shabery, pemberian tersebut menunjukkan bahawa bukan hanya pelajar yang perlu dilengkapi dengan kemudahan netbook dalam usaha memastikan penggunaan teknologi secara menyeluruh dalam bidang pendidikan. "Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan yang guru-guru juga perlu dibekalkan. "Sebab itu pada tahun ini kita kembangkan pada guru-guru dan ini sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami daripada kementerian kepada guru-guru,"

katanya Beliau juga menegaskan netbook yang dibekalkan kepada pelajar mempunyai jaminan dan kualiti terbaik. "Memang ada isu yang berkaitan dengan kualiti dan sebagainya, tetapi semuanya kita sudah beritahu bahawa mereka yang memperolehinya akan dibekalkan dengan satu tahun jaminan (waranti) dan ada lebih kurang 174 tempat di seluruh negara jika ianya rosak. "Selagi tempoh jaminan masih ada saya rasa tidak menjadi alasan untuk kita mengatakan bahawa program ini tidak baik," katanya

PEREMPUAN PALING PELIK & UNIK DI DUNIA

1. Perempuan Kaki Terpanjang di Dunia


Svetlana Pankratova memiliki kaki terpanjang di dunia seperti mana yg tercatat dalam new Guinness Book of World Records….. panjang kakinya adalah 132cm…..panjangkan..Dalam pic yg kat bawah tu adalah Mr Pingping yg mana adalah lelaki terkecil di dunia kini.

2. Noorsyaidah, Perempuan Berdawai Besi yang Tumbuh Dari Badan

Noorsyaidah ni adalah pengasuh bayi yang Indonesia ni dikatakan memiliki dawai besi yang sepanjang 10-20 cm yang didapati tumbuh dari dalam badannya. Menurutnya lagi, wayar yg tumbuh dalam badannya tu dah tumbuh sejak 20 tahun lalu lagi. Menurutnya jg, walau dah berulangkali dia potong dawai besi tersebut, ia tetap tumbuh sebulan kemudian

3. Wanita Tua Dari Belanda yg Menelang Cutlery (Sudu & Garpu)


Beberapa pakar bedah terkejut apabila melihat X-rays seorang perempuan tua dari Blanda menunjukkan 78 jenis cutlery berada pada dalam perut perempuan yg berumur 52 tahun yg bernama. Nama wanita ni Margaret Daalman. Katanya dia sendiri tak tau kenapa jadi macam ni, tp menurutnya dia rasa tak dapat menahan diri sendiri apabila melihat benda2 ni…isk..tak paham aku.

4. Perempuan bertanduk, bertatu, dan mencucuk badan dgn benda tajam.





Gelarannya adalah La Negra bg wanita ubahsuai ini. Dia memiliki tanduk, tatu, tindikan dan lidah bercabang. Walaupun penampilannya sebegini, menurut ibu dari Argentina masa skolah dulu, famili dia memang lah tak setuju dgn apa yang dia buat ni dulu, tapi dia tak dapat nak menolak dgn obsesi penampilan anehnya ini .

ISTERI DAN TEMAN LELAKI KENA TETAK BILA SUAMI JUMPA MEREKA BOGEL DI RUMAH SEWA

ALOR SETAR: Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini.

Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu.

Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.

Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.

Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.

Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat  dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi

Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yangsemakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”


1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !


2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.


3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.


4. Bertepuk bertampar dengan lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?


5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai

Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.


sumber

Tuesday, June 17, 2014

Kilang bihun kembang tekak terbakar

Kuala Lumpur: Kilang bihun yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan sebelum ini musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, awal pagi ini. Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian. Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit. Foto KILANG bihun yang terbakar. "Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran," katanya ketika dihubungi.

h12