Wednesday, June 11, 2014

Tindakan kepada penjawat awam hasil daripada audit....ini semua ikan bilis saja..

KUALA LUMPUR - Seramai 20,434 penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib dan 4,743 daripadanya dibuang kerja sejak 2009 sehingga tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan tatatertib, surcaj atau pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan terhadap pegawau sekiranya didapati melakukan salah laku ataupun kecuaian. "Setiap teguran yang dilapor melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas, siasatan perlu dijalankan bagi memperoleh bukti dan keterlibatan pegawai dalam kes-kes yang dilaporkan.

 "Setakat ini, penglibatan salah laku, kecuaian, penyalahgunaan kuasa tidak melibatkan secara khusus terhadap ketua-ketua-ketua jabatan. Ia merupakan salah laku yang berlaku di peringkat pelaksanaan sama ada dalam proses pembayaran, perolehan atau libatkan kehilangan aset di bawah tanggungjawab pegawai berkenaan," katanya ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd Johari Baharom di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil kepada ketua-ketua jabatan yang tidak melaksanakan tugas masing-masing terutamanya berkaitan dengan pengurusan kewangan seperti dilaporkan Ketua Audit Negara.

h12