Thursday, October 2, 2014

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN -SAIFUL NANG

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN -SAIFUL NANG

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandi pun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURLAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataan memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah...

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN & MALAYSIA BELUM MAJU...sbb KEMAJUAN & KEAMANAN bkn diukur dgn pembangunan semata2...

Tuesday, September 30, 2014

Pasangan Ini Tak Sedar Perbuatan Mereka Beromen Dirakam CCTV


Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut. Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?

Monday, September 22, 2014

Pakatan rakyat yang di bunuh tapi tak mati...

Ada kerjasama erat serta keinginan berat di peringkat akar umbi supaya Pakatan Rakyat berkekalan jodohnya. Ramai yang mahu PAS terutamanya kekal dalam Pakatan, tidak kira lah apa pun perkelahian di peringkat pucuk pimpinan. Terlalu banyak kisah setiakawan di kalangan anggota parti yang melangkaui batas kaum, agama dan budaya.

Kisah-kisah ini memberikan harapan untuk melihat kerangka yang lebih besar di saat berdepan krisis yang menguji persaudaraan. Kisah yang ini dikongsikan oleh Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.


Saya ingin memberi penghormatan kepada dua rakan Pakatan Rakyat yang berani membuat keputusan untuk hadir ke sidang media bagi menyatakan sokongan terbuka menolak Khalid Ibrahim. Tindakan mereka itu telah menyebabkan Pakatan Rakyat kekal tidak berpecah di tengah-tengah kemelut Menteri Besar Selangor.

Saya adalah antara 30 orang Adun yang menandatangani kenyataan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Namun sehingga saat pagi sebelum sidang media tersebut, saya begitu risau kita tidak cukup bilangan bagi membuktikan bahawa kita memiliki majoriti.

DAP mempunyai 15 Adun, manakala PKR 13, kami cuma ada 28 orang. PAS pula belum membuat keputusan. Saya dengar khabar dua orang Adun dari PAS akan hadir, tetapi saya tidak betul-betul pasti bahawa mereka benar-benar akan datang.

Tahukah apa akibat engkar kepada parti? Kerjaya politik dalam parti mungkin berakhir (hampir pasti anda tidak akan dicalonkan bagi penggal seterusnya) atau sekurang-kurangnya dihantar ke jawatankuasa disiplin parti.

Kemudian saya lihat YB Hasnul tiba. Beliau tersenyum, namun saya dapat melihat dari riak wajahnya bahawa beliau memang gemuruh. Seperti seorang anak kecil yang baru melanggar peraturan. Beliau kelihatan berlegar-legar dan cuba untuk kelihatan tenang.

Waktu terus berlalu, dan saya terus menantikan seorang lagi Adun PAS untuk tiba.

Saya dengar bahwa YB Saari akan hadir. Beliau sememangnya telah menjadi contoh bagi saya sejak saya mengenalinya. Beliau Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Syarikat Terkait Kerajaan, yang mana saya menjadi anggotanya. Seorang bekas tahanan ISA dan juga seorang penulis, beliau seorang yang lemah lembut, tenang dan berilmu, tegas dan berprinsip. Saya sentiasa memandang tinggi beliau dan cuba belajar darinya. Tetapi adakah beliau akan memperjudikan kerjaya politiknya dan hadir sama? Itu saya tidak begitu pasti.

Kemudian saya nampak YB Saari tiba. Seperti biasa, beliau membawa beg sandang dan berjalan perlahan dan tenang sekali. Isterinya tetap di sisi dan berkata kepada saya bahawa perasaannya sama seperti yang dirasai ketika YB Saari hendak ditahan di bawah ISA dulu.

Demikian hebatnya tekanan yang timbul daripada tindakan sedemikian bagi keluarga. Saya begitu tersentuh, air mata mula bergenang tetapi saya seka dengan cepat. Saya berasa malu untuk terlalu beremosi dalam keadaan sekarang.

Di tengah demikian banyak kekecewaan, saya melihat rakan-rakan seperjuangan yang begitu berani untuk menyatakan pendirian demi mengekalkan Pakatan Rakyat supaya tidak berpecah, dan untuk menyatakan pendirian demi mengekalkan demokrasi dua parti di Malaysia.

Apa sahaja keputusan PAS, kita pasti akan hadapinya. Perjalanan masih jauh dan kita baru berada di garis mula. Namun saya tetap akan mengingati hari tersebut, ketika dua lelaki membuat keputusan yang begitu payah dan memberi inspirasi bagi saya melangkah lebih jauh.

Terima kasih YB Hasnul dan YB Saari. Saya akan ceritakan kisah keberanian kalian kepada anak cucu saya nanti. – Roketkini.com

Monday, August 25, 2014

MUKADDIMAH ZINA: IBU EMPAT ANAK DISERBU TANPA PAKAIAN DALAM


KUALA TERENGGANU - Bapa kepada lima anak dan pasangannya yang juga ibu kepada empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga minggu dan denda RM2,600 selepas mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Terengganu Kamalruazmi Ismail turut mengarahkan pasangan kekasih itu dipenjarakan lima bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas Nordin Ismail, 48, dan pasangannya Juliah Yusof, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

“Sebagai seorang suami dan isteri, kamu berdua sepatutnya menjaga keluarga kamu. Bukan perkara yang munasabah untuk kamu melakukan perbuatan ini.

"Ini jelas mengkhianati keluarga kamu sendiri dan segeralah bertaubat atas dosa yang kamu lakukan.

“Dalam usia sebegini, adalah sangat tidak wajar kamu melakukan perbuatan keji seperti ini dan sebagai ibu bapa kamu sepatutnya memberi contoh terbaik kepada anak,” demikian kata Kamalruazmi dalam penghakimannya.

Berdasarkan pertuduhan, sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang menerima maklumat awam melakukan serbuan di sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan di Jalan Cherung Lanjut, di sini, kira-kira jam 11.05 pagi pada 19 Mei lalu.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pasukan penguat kuasa mendapati pintu tertutup rapat serta berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas dua minit penguat kuasa mengetuk pintu dan selain memberi salam.

Pintu dibuka oleh seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tanpa baju dan pemeriksaan lanjut penguat kuasa ke dalam bilik berkenaan menemui seorang wanita yang hanya berseluar jeans tanpa pakaian dalam bilik air.

Hasil soal siasat kemudian mendapati mereka bukan pasangan suami isteri.

Pendakwaan kedua-dua kes dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

10 Rahsia Pandangan Wanita Terhadap Lelaki


1 . Senyuman

Wanita sukakan senyuman lelaki yang manis . Dengan itu , wanita itu akan tersenyum kembali kepada lelaki tersebut dengan senyuman yang lebih manis .

2. Fizik

Sesetengah wanita mengutamakan tinggi badan , lengan dan tangan seseorang lelaki itu .

3. Bau Badan

Bau badan sangat penting bagi kebanyakan wanita. Seorang lelaki perlu memiliki badan yang wangi. Tidak perlu sampai memakai perfume mahal, yang penting bersih dan segar.

4. Cara Berpakaian

Perbezaan antara zaman dan umur sangat-sangat mempengaruhi selera wanita . Pada umumnya , wanita sukakan lelaki yang berpakaian kemas . Tetapi , jika ingin wanita itu lebih menyukai penampilan seseorang lelaki , pakailah pakaian yang kemas , bersih dan wangi .. :)

5. Gaya Rambut & Aksesori Kepala

Seperti cara berpakaian, perbezaan zaman dan umur juga mempengaruhi dua hal ini. Tetapi yang pasti, wanita tidak akan menyukai lelaki yang memiliki rambut yang bau, kusam, dan berkutu. Wanita sukakan lelaki yang berambut kemas seperti kelihatan disikat , rambut spike dan sebagainya selagi rambut lelaki itu masih menarik hatinya.

6. Sikap Tubuh

Sikap tubuh ketika berjalan, duduk, ataupun makan sangat diperhatikan oleh wanita. Lelaki yang memiliki sikap tubuh yang tegap akan tampak seperti orang yang percaya diri di mata wanita.

7. Cara Bercakap

Wanita sukakan lelaki yang bertutur dengan bahasa yang sopan dan bukan sebaliknya seperti perkataan-perkataan yang kasar di mata semua orang. Bahasa juga merupakan peranan penting untuk menambat hati wanita.

8. Warna Kulit

Pada umumnya , warna kulit tidak penting sama sekali . Hanya segelintir wanita yang suka memilih lelaki yang berkulit putih . Kononnya, putih tu bersih .. Habis tu , seandainya lelaki tu hitam ? Nak cakap ape ? Bagi anis , hitam putih tu sama je . Dan bagi anis juga , hitam itu boleh disamakn dengan hitam manis . :)

9. Mata

Pandangan mata lelaki terhadap seseorang wanita itu akan membuat wanita cair seperti AIS KRIM !

10. Kelakuan

Sesetengah wanita menyukai lelaki yang agresif tetapi yang lain menyukai lelaki yang lebih tenang dan cool. Biasanya wanita menganggap penting hal ini saat perjumpaan dan kesan pertama.

Awek cun tapi ‘Mulut Puaka’ hina mangsa nahas MH17 di facebook [4 Gambar]

Jika pagi tadi kami ada siarkan tentang seorang gadis mempertikaikan bacaan al-fatihah kepada mangsa nahas MH17, yang ini pun tak kurang biadab malah lagi kurang ajar.

Individu di sebalik akaun Facebook Amoyy Mongek bukan sahaja mempertikaikan bacaan al-fatihah malah menunjukkan sikap buruk sangkanya yang melampau apabila mengandaikan mayat dalam keranda mungkin cuma anak patung.
Walaupun dikritik kerana status tersebut ia tidak menghalang individu ini memuat naik status baru hari ini yang mempertikaikan pula penghormatan diterima mangsa MH17 yang dikatakannya cuma orang awam.




Kerajaan Malaysia dan orang yang menghormati tragedi MH17 turut dikritik oleh manusia bermulut lancang ini.

Tinjauan kami mendapati akaun menggunakan gambar wanita cantik ini sudah lama mencetuskan kontroversi dengan status-status panas termasuk berbaur lucah dan mempunyai ramai pengikut.

Secara logik mustahil pula seorang perempuan begitu berani bercakap tentang seks secara terbuka dan mendedahkan gambarnya seperti ini tapi sekiranya betul maka inilah namanya harap muka je lawa tapi mulut macam puaka.

Tapi sekiranya ini satu lagi akaun palsu maka diharap SKMM dapat bertindak secepat mungkin kerana ia sudah boleh dikira jenayah siber.

sumber

Sunday, August 24, 2014

Mampukah Dr Mahathir menumbangkan Najib?


Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun sudah berusia masih lagi kuat kerana semangat perlawanannya yang tinggi. Sejak awal penglibatannya dalam politik, bekas perdana menteri itu tidak pernah sunyi daripada krisis dan kontroversi.


Lebih 10 tahun selepas bersara daripada politik, suaranya masih lagi berpengaruh dan didengari, mungkin kerana beliau terlalu lama memerintah satu ketika dahulu, mungkin juga kerana pendiriannya yang konsisten dalam pelbagai isu.

Dr Mahathir tidak perlu menunggu mimpi sebelum membuat keputusan. Keputusannya jelas, disokong dengan fakta dan boleh menghujahkannya kembali untuk memberikan penjelasan.Walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan pandangan atau tindakan politiknya, tetapi kita harus akui beliau konsisten dengan pandangan dan kepercayaannya dan tidak akan berhenti daripada terus melawan musuhnya.
Musuh nombor satu beliau adalah bekas anak didiknya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selagi Anwar bebas bergerak ke sana sini, Dr Mahathir tidak akan senang duduk.

Anwar merupakan satu-satunya lawan Dr Mahathir yang masih belum terkubur selepas dipecat dari Kabinet dan Umno pada tahun 1998.Sehingga hari ini Dr Mahathir masih melawan Anwar, walaupun tidak secara langsung.

Menumbangkan Tunku dan Abdullah


Sebelum ini lawan Dr Mahathir juga bukan calang-calang orang. Pada awal penglibatan politiknya dan sebelum berkuasa, perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman tersungkur kerananya.

Gerakan pemimpin muda seperti Dr Mahathir dan Tun Musa Hitam berjaya memaksa bapa kemerdekaan negara itu memberikan laluan kepada Tun Abdul Razak untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Selepas meletakkan jawatan, tanpa menguasai media dan kerajaan Dr Mahathir berjaya menumbangkan seorang lagi perdana menteri dan presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada ketika itu, Dr Mahathir dibantu oleh penulis-penulis blog yang menyebabkan Abdullah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 walaupun Barisan Nasional (BN) masih lagi berkuasa.

Setahun selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga dan 5 negeri ke tangan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Anwar, Abdullah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Sokongan terhadap Najib ditarik balik

Menulis di blognya www.chedet.cc, Dr Mahathir mengumumkan beliau menarik kembali sokongannya terhadap Najib untuk menyedarkan perdana menteri di atas kelemahan polisi dan pentadbirannya.

Dr Mahathir mengatakan beliau tidak menyangka prestasi Najib lebih buruk dalam PRU13 berbanding Abdullah pada 2008.

Pemimpin Umno dalam menjawab kritikan Dr Mahathir terhadap Najib mengambil sikap berhati-hati.

Walaupun mempertahankan Najib, kebanyakan daripada mereka mengatakan menghormati pandangan bekas perdana menteri dan presiden Umno itu.

Terbaru Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semalam yang mahu Dr Mahathir tidak lagi mengkritik pentadbiran Najib secara terbuka kerana dikatakan akan memberikan peluru kepada pembangkang.

Ahmad Maslan, sama seperti Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya masih lagi tidak menjawab kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib.

Mereka hanya mengelak seperti Hishammuddin yang menjadikan contoh krisis Penerbangan Malaysia Airlines MH17 sebagai contoh kejayaan pentadbiran Najib.

Zahid pula mahu Dr Mahathir turut menghormati Najib kerana beliau kini memimpin pada zaman yang berbeza.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum menyatakan pendiriannya.

Dikhabarkan timbalan presiden Umno itu tidak akan mengadakan sidang akhbar dalam jangka masa terdekat untuk mengelak ditanya pemberita berhubung kritikan Dr Mahathir.

Fesyen gaun ketat bertudung Ziana Zain paling cun melecun

Penyanyi terkenal, Ziana Zain memang kelihatan lebih anggun dan menawan sejak berhijab beberapa bulan lalu selepas mendapat hidayah dari teguran anak sulungnya, Muhammad Aiman, 14 selang sebulan sebelumnya.

Meskipun sudah bertudung namun beliau tetap tidak kalah untuk bergaya. Buktinya, kakak kepada Anuar Zain itu tampil dengan busana berkonsep ringkas dan sederhana yang agak ketat dan sedikit menjolok mata. Kini, Ziana mendapat gelaran Jennifer Lopez Malaysia.


Sunday, August 3, 2014

saksikanlah ..Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah

KUALA LUMPUR – Tahun 2008 hingga 2010 selepas PRU ke 12 yang lalu merupakan antara saat-saat getir bagi PAS di Kedah bagi menghadapi karenah, menjaga maruah PKR dan PR disamping mempertahankan air muka, kerajaan supaya tidak tersungkur di tengah- tengah perjuangan.

Menurut bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau merasa terpanggil untuk memberikan pandangan di atas kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor berikutan perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

“Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

“PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sanusi menambah, Rafizi Ramli serta Datuk Saifuddin Nasution yang bersungguh-sungguh mahu PAS supaya mengambil iktibar dan contoh dari sikap PKR Kedah dalam menghadapi kemelut Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing masih samar dengan situasi sebenar yang berlaku tatkala itu.

“Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

“Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang,” tambah Sanusi.

Jelasnya, semasa Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bergelar Menteri Besar Kedah, seorang ADUN telah dipaksa untuk meletak semua jawatan meskipun telah dinasihatkan oleh Menteri Besar sendiri supaya dilucutkan jawatan dari Exco, namun keputusan itu disanggah keras oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau.

“Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

“PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...,” tegasnya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Sanusi turut memberitahu PKR langsung tidak memperdulikan nasib dan kebajikan kesemua Adunnya sehinggakan PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah diisytiharkan muflis dan diiklankan di dada-dada akhbar hampir seratus ribu.

“MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut berpesan agar PKR di Selangor untuk tidak campur tangandalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan Menteri Besar dan mereka tidak seharusnya sama sekali menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah.

“Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

“Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?“Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat,” ujarnya. ~zaini ghan

Tuesday, July 22, 2014

Anwar Ibrahim: Khalid Gugur...Gantikan Wan Azizah

Akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Kerusi panas Abdul Khalid itu bakal digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismial.

Pengumuman itu dilakukan suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.

“Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor…kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah,” katanya.

Pada Isnin, drama komplot untuk menjatuhkan Abdul Khalid semakin serius apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor itu.

Mesyuarat yang bermula tepat pukul 10 malam ini dihadiri majoriti ahli MPP termasuk Dr Wan Azizah serta Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanun kelibat Abdul Khalid yang juga ahli MPP tidak kelihatan pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat malam ini dilihat penting kepada PKR dalam menetapkan pendirian parti itu mengenai masa depan Abdul Khalid sebelum sebarang keputusan mengenainya dibentangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Pada pukul 11.25 malam, Dr Wan Azizah dilihat meninggalkan mesyuarat dan bangunan ibu pejabat parti itu. – mstar.com.my

Sunday, July 20, 2014

LAYAN MAK NYAH STESEN KERETAPI...Tak hirau lansung masalah negara...

ALOR SETAR - Ketika umat Islam rancak mengerjakan solat tarawih, masih ada lelaki bernafsu songsang tergamak melanggan mak nyah di Lorong Kereta Api, dekat sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, tiga mak nyah bersama seorang pelanggan dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam Ops Nyah ketika leka berurus niaga.

Manakala beberapa mak nyah lain bertempiaran lari menyelamatkan diri menaiki motosikal pelanggan, ada juga menyorok dalam semak berhampiran landasan keretapi berkenaan.

Malah seorang pelanggan berusia 26 tahun juga tidak sempat melanggan mak nyah berusia 29 tahun.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki bujang terbabit dicekup bersama seorang mak nyah.

“Turut ditahan dua mak nyah bukan beragama Islam manakala seorang mak nyah dikenali sebagai Nik dikatakan kerap keluar masuk dari negeri ini dengan Thailand untuk bersosial.

“Meskipun sudah ditahan anggota penguat kuasa sebanyak tiga kali, namun mak nyah berkenaan dilihat tidak serik melakukan kesalahan sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Roshidi berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kegiatan mak nyah di lorong berkenaan tidak pernah berhenti sebaliknya rancak berlangsung meskipun di bulan puasa.

Katanya, mereka mengambil kesempatan semasa waktu solat tarawih untuk melakukan kegiatan tidak bermoral sekali gus mencemarkan kesucian Ramadan ini.

"Kegiatan mak nyah didapati tetap mendapat sambutan hangat terutamanya geng motosikal apabila mereka dilihat asyik berurus niaga pada bulan puasa ini.

“Sebelum dilepaskan, beberapa mak nyah dan pelanggan terbabit diberi nasihat supaya menyedari kesilapan mereka dengan harapan pulang ke pangkal jalan,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan, mereka yang terbabit akan dikenakan denda RM1,000 ataupun enam bulan penjara di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah.

Allahyarham Ghafar bantah hidang arak dalam MAS


MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau.

Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini," ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajikan keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah, Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Menurut rakan-rakannya dari kariah Masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak daripada sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas. - HARAKAHDAILY 19/7/2014

Friday, July 18, 2014

MUTAKHIR Pemberontak Ukraine dakwa tersalah tembak pesawat MH17

KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting berkenaan. - AFP

MUTAKHIR Ukraine tuduh pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh ‘pengganas’


GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow.

Serpihan pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia di kawasan di mana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas.”

Laporan agensi juga memetik pemimpin pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.

Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat.

Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine - tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.
Komander tentera pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. - Reuters

MH 17..MUKTAHIR MAYAT BERGELIMPANGAN DI TEMUI...


KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

PECAH BERITA...pesawat MAS terhempas mungkin di tembak di ruang udara ukrane ....


Sebuah pesawat penumpang jatuh di wilayah timur Ukraina dan diduga adalah milik maskapai Malaysia Airlines, yang mengumumkan hilang kontak dengan salah satu epsawatnya nomor penerbangan MH17 dari penerbangan Amsterdam, Kamis (7/17).

Menurut kantor berita Rusia, Interfax, pesawat itu jatuh di perbatasan Rusia-Ukraina dan dipekirakan ada 295 orang di dalamnya, termasuk 280 penumpang dan 15 kru.

Malaysia Airlines mengumumkan kehilangan kontak dengan pesawat itu. "Posisi terakhir yang diketahui adalah di atas wilayah Ukraina," kata Maskapai tersebut.

Wednesday, July 16, 2014

Yahudi- Siapa Sebenarnya Mereka

Sekarang ni isu yang paling hangat seantero dunia adalah isu serangan Israel ke atas Palestin.. Buka je TV, tengok berita isu ni yang hangat diutarakan.. Buka fb pun semua rakan2 sibuk memaparkan gambar2 penduduk Palestin yang diserang dengan kejam oleh tentera Zionis.. Baru2 ni seorang teman bertanya, kenapa Israel ni serang penduduk Palestin? Aku jawab, untuk suka2.. Sebenarnya tak berapa tahu nak jawab camne.. Mungkin dengan perkongsian hari ni dapat memberikan sedikit kefahaman kepada beliau..

Mula2 lebih baik sekiranya kita mengenali terlebih dahulu siapakah dia sebenarnya bangsa Yahudi yang bermastautin di negara di Israel ni..

******************************************************************************

SIAPAKAH SEBENARNYA YAHUDI ITU?

Adakah kita mengetahui tentang sejarah kehidupan nenek moyang Yahudi? Mengapa kita membenci Yahudi? Memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang ALLAH S.W.T kurniakan memiliki tahap keilmuan yang tinggi. Ini telah dibuktikan oleh Dr. Farrukh Saleem, seorang penulis bebas (artikel tulisan beliau akan dipaparkan dalam next entry) yang menceritakan siapakah Yahudi, siapakah Islam. Namun adakah dengan kenyataan tersebut telah membuatkan umat Islam hilang semangat untuk berjuang semata-mata disebabkan oleh kekuatan yang dimiliki oleh musuh kita? Sebenarnya, Islam mengajar penganutnya supaya mengenali siapakah musuh mereka. Ini bertujuan untuk kita mengetahui apakah kelemahan dan kekuatan yang ada pada musuh kita dan menjelaskan kenapa kita memusuhi mereka. Di samping itu kita juga harus mengkaji sikap dan perilaku musuh kita tersebut supaya mengetahui rentak permusuhan mereka. Perkara ini dapat kita lihat melalui penelitian kita terhadap sejarah.

SEJARAH PENINDASAN TERHADAP BANGSA YAHUDI

Dalam lipatan sejarah, telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang zaman yang menceritakan penjajahan ke atas Yahudi. Kisah penjajahan ke atas mereka telah dimulakan oleh Raja Firaun Nikho dari Mesir. Selepas itu, untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalem termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya.

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu)kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ, ALLAH S.W.T membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lain sebagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangan semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh.

ANTARA SEBAB PENINDASAN DILAKUKAN KE ATAS KAUM YAHUDI KERANA SIKAP SOMBONG DAN TIDAK SETIA PADA PERJUANGAN. GOLONGAN YAHUDI MERUPAKAN GOLONGAN YANG TIDAK PERNAH KENAL ERTI BERTERIMA KASIH. WALAUPUN HANYA MENUMPANG DI NEGARA ORANG, PERANGAI MEREKA TIDAK UBAH SEPERTI TUAN YANG MEMERAS DAN MENGANIAYA GOLONGAN PERIBUMI NEGARA ITU. KEMAHIRAN BERNIAGA TELAH MENJADIKAN GOLONGAN YAHUDI SOMBONG DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.

PERMUSUHAN YAHUDI TERHADAP ISLAM BERMULA APABILA NABI AKHIR ZAMAN DIUTUSKAN MELALUI KETURUNAN ARAB. HAL INI TELAH TIMBUL HASAD DENGKI, IRI HATI DAN BENCI DALAM DIRI GOLONGAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM KERANA MEREKA MENDAKWA KETURUNAN MEREKA TELAH DIMULIAKAN DENGAN KELAHIRAN NABI-NABI SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ini dapat dibuktikan daripada kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika bertemu seorang paderi bernama Buhaira semasa perjalanan ke Syam untuk berniaga. Diceritakan bahawa Buhaira memberi amaran kepada bapa saudara nabi, Abu Talib setelah beliau melihat tanda kerasulan Baginda supaya segera pulang ke Mekah untuk melindungi nyawanya. Jika perkara tersebut diketahui oleh orang Yahudi, mereka pasti akan mengancam nyawa Nabi Muhammad S.A.W.

Sejak perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul, hubungan antara Yahudi dan orang-orang beriman selalu diwarnai dengan pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Mereka tetap membangkang dan tidak mengakui Rasulullah sebagai nabi. Terdapat banyak kisah bagaimana sikap dan perilaku Yahudi terhadap kaum muslimin pada zaman Rasulullah. Antaranya adalah:


Pembetulan...Kisah Benar - Tiada Negara seberani Malaysia!


Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia

1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? Ä°tu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali Ä°srael.'

2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti Ä°srael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"

3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu-pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar Ä°srael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"

4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan Ä°srael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.

5. Dan yang paling tak boleh blah seorang rakan aku dari Libya mengatakan sesuatu yang keterlaluan bagi aku iaitu "Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tapi dari Malaysia sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Ä°slam dari orang Arab sendiri"

6. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera Malaysia di kedainya apatah lagi dengan kenyataan seperti ini.

sumber

Tuesday, July 15, 2014

Masjid Taqwa TTDI Amal Kasta Untuk Majlis Berbuka Puasa


Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapat sistem kasta di dalam berbuka di sesetengah masjid elit di Kuala Lumpur. Ada hidangan untuk golongan elit dan ahli jawatankuasa masjid.

Nampaknya roh Ramadan itu tidak memberi apa-apa kesan pada jiwa penyombong dan bongkak. Ramadan tidak berupaya menjadikan mereka Muslim sejati seperti Nabi Muhammad dan para sahabat.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama, seorang pemuda telah dihalau dari menghampiri meja golongan elit ketika menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, pihak masjid telah tampil memberikan penjelasan menerusi laman Facebook berkaitan perkara yang terjadi ini.



sumber

Monday, July 14, 2014

Biodata Koperal Ab Rajah Jamuan Ditembak Sulu Di Semporna


Biodata Koperal Ab Rajah Bin Jamuan polis pasukan Marin ditembak pengganas Sulu di Pulau Mabul Semporna. Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang lagi perwira telah gugur dalam pertempuran dengan sekumpulan pengganas Sulu di Sebuah Resort di Pulau Mabul dalam kejadian 12 Julai 2014 pukul 11.10 malam. Dendam dan marah kepada ESSCOM merupakan punca kepada serangan hendap tersebut oleh pengganas Sulu. Pada masa yang sama, seorang lagi rakan setugas iaitu Konstabel Zakia Aliep telah diculik oleh kumpulan pengganas berkenaan.


Biodata Polis Maut Ditembak Sulu Di Pulau Mabul Semporna

Nama Penuh: Ab.Rajah bin Jamuan
Umur: 32 tahun
Agama: Islam
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Salamah bti Amad
Jawatan terkini: jurumudi kapal rondaan air, balai polis Pulau Mabul
Alamat Rumah: Kg Bubul batu 2 Semporna Sabah.

Al Fatihah....

bertaut gagah semangat satria
mengalir merah darah perwira

jiwa merdeka rela rebah bertabur
hati membara paksa penjarah lebur
panji dijulang bukan sekadar berhibur
gagah perkasa tiada mengangkat takbur

marak api hanya membakar dusta
tegak berdiri hanya menjunjung setia
menempa tragedi kerana mahu merdeka
menabur bakti membebas tanah persada

kini
pergimu tak kembali
bersama doa ibu pertiwi....






Tweet wanita Palestin buat Heliza Helmi yang amat mengejutkan

Seorang warga Palestin yang dikenali sebagai Wardah Syauqah telah menulis satu tweet ringkas yang ditujukan khas kepada pelakon comel Heliza Helmi.

Kandungan tweet wanita terbabit memang amat mengejutkan kerana mempunyai maksud tersirat yang seakan memberi peringatan tentang kepada golongan artis yang bergiat dalam dunia hiburan. Kata Wardah, ujian iman di Malaysia ialah hiburan manakala di Palestin pula ialah perang.

Peringatan ini pastinya satu dorongan hebat bukan sahaja kepada Heliza Helmi tetapi juga kepada mana-mana artis wanita yang sudah berhijrah.





Saturday, July 12, 2014

CaraDiaTulis Macam DiaTidur dengan isteri saya...



Tahukah anda bahawa sekarang ini sedang tersebar satu tulisan mengenai tragedi yang sedang menimpa Awie dan isterinya, Rozana Misbun. Ditulis menggunakan nama pena Sangkalajari9, penceritaan si penulis memang agak terperinci dan seolah-olah kenal rapat dengan Rozana kerana jelas tulisannya membela isteri Awie .

Antara tulisan Sangkalajari9 yang menarik ialah penggunaan wang RM250,000 yang dikatakan menjadi punca Rozana Misbun dipukul oleh Awie.




KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Dakwaan yang mengatakan bahawa bekas model, Rozana Misbun, 36, telah dibelasah teruk oleh vokalis Wings, Awie yang juga suaminya sehingga mengalami kecederaan yang serius di muka dan badan telah meninggalkan tandatanya buat semua pihak.

Lebih-lebih lagi setelah Awie dilaporkan mengaku tidak bersalah di atas dakwaan tersebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 4 Julai lalu.

Malah, dalam pengakuan eksklusifnya kepada Studio H, Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 46, beranggapan bahawa apa yang berlaku semua ini adalah satu hikmah daripada Allah SWT.

Lali dengan anggapan masyarakat yang sudah melabelkan 'jahat', namun dia dia juga memohon agar masyarakat jangan mengadili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya.

Apapun dalam sebuah blogspot, seorang penulis yang hanya menamakan dirinya sebagai Sangkalajari9, telah memuatnaik kisah Rozana Misbun susulan daripada insiden belasah itu.

Malah dalam posting ini, Sangkalajari9 telah menjelaskan beberapa isu mengaitkan Rozana tentang ketiadaan sijil nikah, larangan berjumpa anak serta tuduhan yang mengatakan dia mencuri duit Awie.

Berikut adalah posting Sangkalajari9 yang tidak diketahui siapa sebenar penulisnya: -

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar yang menimpa isteri artis terkenal yang baru baru ini gambar keadaan beliau dibelash oleh suaminya tersebar luas di dalam facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat dari berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha , 4 tahun, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadhan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah mahkamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat 'character assassination' atau 'pembunuhan karakter' dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliaunmembazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide(berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan 'mencuri' dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.

Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah 'curi' dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga... serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

Walau apa pun, itu lah nasib Rozana yang kini melalui pelbagai rintangan dan halangan.

sumber

Thursday, July 10, 2014

Terpaksa Cuci najis Yang Sengaja Di Taburkan...


Tindakan ini betul bersandarkan peranan sebagai PM yan bertanggungjawab dan sebagai ayah kepada para MP Mpnya....Sesekali cikgu disiplin panggil kena jugak pi mengadap nak perbetulkan keadaan...Kali ini di sebabkan kenakalan anak nya yang agak berumur dengan sengaja menabur taik kepada para gelendangan yang mana telah menyebabkan sibapa teraksa datang untuk mencucinya sambil sambil memuji kepada pihak yg sudah di taikkan....sekiann...

Dan di laporkan juga kini ada lagi sorang anak nya yang berlaku nakal awal pagi tadi....sehingga kini telah melibatkan banyak negara atas kenyataan nakal mengenai jarman yang menang ke atas brazil....mungkin di sebabkan anaknya ini yg berbini muda mungkin terlalu asyik mengulit kelapa mudanya di rumah hingga tidak sedar ianya telah kembali nakal.....choww...



##Tweet Bung Mokhtar tidak boleh diterima dan salah - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tweet yang ditulis Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sebagai “tidak boleh diterima dan salah”.

Kenyataan Najib dimuat naik di akaun rasmi Twitter dan Facebook beliau yang turut berkata bahawa Bung Mokhtar tidak bercakap bagi pihak Malaysia dan rakyat Malaysia yang memahami masa lampau sejarah Eropah yang trajis.


Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler.

Kenyataan itu agak tidak disenangi oleh banyak pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.

Hitler memimpin Nazi antara 1933 hingga 1945 dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan jutaan orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Bung Mokhtar menjadi ahli parlimen sejak 1999. Ini bukan kali pertama kenyataannya mencetuskan kontroversi. Beliau sebelum ini dikecam kerana membuat kenyataan kurang sensitif tentang wanita, perkauman dan beberapa hal lain.








Wednesday, July 9, 2014

Kalah dengan Jerman, peminat carut Presiden Brazil

Peminat bolasepak Brazil meneriakkan kata-kata kesat kepada Presiden Dilma Rousseff selepas pasukan Jerman mendahului 5-0 sebelum tamat babak pertama perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.

Rousseff bagaimanapun tidak ada di stadium menyaksikan perlawanan itu.

Tindakan penonton itu mengulangi apa yang terjadi semasa upacara pembukaan Piala Dunia tiga minggu lalu.

Selepas tamat 90 minit permainan, Brazil dimalukan oleh Jerman 7-1 dalam perlawanan yang pasti akan meninggalkan parut besar kepada negara bolasepak itu. Ia adalah kekalahan paling teruk Brazil dalam sejarah Piala Dunia.

Brazil bermain tanpa arah dengan ketiadaan tonggak utamanya, penyerang Neymar Jr. yang retak tulang belakang semasa perlawanan suku akhir melawan Colombia minggu lepas.

Rousseff dalam reaksinya terhadap kekalahan memalukan itu berkata beliau sedih dan kesal.

“Seperti semua rakyat Brazil, saya sangat-sangat berdukacita dengan kekalahan ini. Saya sangat simpati kepada peminat dan pasukan," tulisnya di Twitter.

Penganalisis politik membayangkan sentimen buruk dengan tersingkirnya Brazil daripada Piala Dunia dengan cara yang cukup memalukan boleh mempengaruhi mood rakyat kepada pentadbiran Rousseff.

Tinjauan pendapat menunjukkan Rousseff mungkin berdepan pemilihan pusingan kedua dengan pencabarnya Aecio Neves.

Rousseff dilihat gagal meneruskan kejayaan pendahulunya, Luiz Inacio Lula da Silva yang juga mentor politiknya apabila tidak dapat melonjakkan ekonomi Brazil yang terbeban dengan inflasi serius.

Penganjuran Piala Dunia ini juga mendapat bantahan segelintir rakyat yang melihatnya sebagai pembaziran dan salah tumpuan pengurusan. Brazil dianggar membelanjakan AS$11 bilion (RM34.8 bilion) untuk pesta bolasepak ini.

Rousseff mengintai mandat penggal kedua dalam pilihan raya presiden Oktober ini. -- Agensi


Hati2 Bila Anda Upload Foto2 Anda Di Facebook ! Jangan Jadi Mangsa Macam Gadis Cantik Nih !






BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?
Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu.


Menyedihkan Sebuah Kampung Murtad Di Sabah


MENYEDIHKAN SEBUAH KAMPUNG MURTAD DI SABAH | Mungkin kawasan ini agak terpencil, ramai pihak terlepas pandang apa yang telah berlaku di kampung ini. Diharap individu yang beragama lain menghormati isu yang dibincang oleh kami umat islam. Perkongsian ini bukan untuk menyalahkan agama lain tetapi keperihatinan kami terhadap saudara seagama dengan kami sahaja.

MENYEDIHKAN SEBUAH KAMPUNG MURTAD DI SABAH

Berikut adalah laporan yang diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Mereka telah menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sabah.Menurut apa yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah dimurtadkan. Berikut adalah laporan dari seorang Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon:

Kelmarin (6 Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.


Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.

Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979 hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya “‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu persatu untuk agama Allah”.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i, nsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah. Berikut kami kongsikan gambar surau yang usang yang telah ditinggalkan penduduknya lebih 20 tahun lalu.

Diharapkan perkongsian ini membuka mata hati kita seluruh umat islam di Malaysia supaya lebih peka kepada saudara Islam di tempat lain.

* Sedikit penjelasan tentang maksud murtad.

"Murtad adalah keluar dari agama Islam. Baik lelaki mahupun perempuan, apabila keluar dari agama Islam sementara mereka telah baligh dan berakal, maka mereka diajak kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika mereka kembali, maka akan diterima

h12