Saturday, July 5, 2014

Apa ada dalam kepala Otak Ku nan..


Mari kita buat sedikit analisa. Analisa yang tidak perlukan sebarang kepakaran bertahap professor, doktor atau sarjana.

Kita guna pengetahuan am sahaja.

Maka datanglah pak menteri, yang berkuasa di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Hadirnya tidaklah disukai sangat oleh ramai manusia, cuma pada hari ini dia berada di atas takhta, maka terpaksalah rakyat tunduk padanya.

Inti katanya,

1. “Pengemis bakal dihukum – mereka kumpul duit tinggal di hotel tiga bintang,”
2. “Orang yang masih ada rasa simpati sesama manusia juga akan dihukum kerana masih ada peri kemanusiaan,”
3. “Nak tolong orang gelendangan tak boleh di tempat orang-orang kaya – Kotor,”

Semuanya dititah atas dasar ‘MENCEMAR IMEJ ibu negara, Kuala Lumpur.

Jadi dari premis-premis ini, kita lihat secara umum yang bergelut dalam otak sebesar penumbuk pak menteri ini ialah, usaha membersihkan imej ibu negera.

Tidak mahu lagi pencemaran. Tidak mahu rosak imej.

Dan daripada penakkulan mantik akal seorang pak menteri, yang mencemar ibu negara pada hari ini ialah bila ada orang miskin, hina memohon simpati, beberapa cebis kepingan besi atau kertas biru bernombor satu.

Pak menteri lebih sayangkan jubin-jubin mahal di kaki lima Bukit Bintang. Lebih cintakan suara tidak senang orang-orang banyak wang.

Sudahlah tidak mahu tolong, bila ada yang sanggup pikul tugas tanpa minta walau sekupang, pak menteri halau pula mereka, ancam mereka dengan tindakan ala binatang.

Saya pun tak tahu, sebagai anak kota ini, sejak kecil, yang lebih keji di mata saya bila lihat banyaknya wang yang dibakar tiap kali sambutan pesta tahun baru dan merdeka.

Lebih jijik di mata saya, bila jalan di kaki lima, ada siulan daripada entah siapa, menjaja wanita buat keseronokan sementara.

Tebal benar katalongnya. Mahu perisa apa, Eropah, India, China, Vietnam, Indonesia, mahupun Malaysia, pilih sahaja, bawa ke mana-mana, cukup masa pulangkan semula.

Semua ini nampak indah di mata pak menteri. Sejak puluhan tahun dibiar sahaja, tak tahulah jika memang pak menteri ada keluarkan lesen khas bikin halal perniagaan tertua di dunia itu.

Lupa pula nak cerita, mungkin pak menteri sangat selesa di atas sana, kerana tak ada yang akan datang kata “Jaga-jaga membeli di sini, kalau tawar menawar tapi tak jadi, ada tukang pukul yang menanti,”

Satu lagi, lebih hina di mata saya, bila ada pihak penguasa yang robohkan rumah insan tak berdosa. Tanah-tanah perkampungan orang Melayu habis semua nak diteroka, nak diambil tanahnya.

Sampai sekarang pemuda dan orang tua Kampung Padang Balang menanti dengan resah, bilakah ‘kan tibanya jentolak merobek rumah dan tanah mereka setelah jirannya, Chubadak disesah.

Itu semua indah di mata pak menteri.

***

Menarik untuk difikirkan ialah kepanjangan akal dan corak kotak pemikiran seseorang bergelar menteri mencari jalan penyelesai kepada masalah yang menghantui.

Nampaknya, sistem yang digunakan ialah menggunakan kaedah ‘penghapusan’. Kaedah ini cepat, menakutkan orang marhaen, dan dalam satu aspek, menguntungkan kantung sang penguasa.

Dalam sejarah peradaban manusia, inilah sistem tindakan paling keji, penakut dan pemalas.

Dari sudut pandang lebih nyata, ternampaklah bahawa si penguasa sudah tiada daya menempuh cabaran yang datang padanya.

Tidak suka sesuatu, hapuskan.

Mengapa tidak dirawat, disembuhkan penyakit itu?

Katanya ini semua ada tangan-tangan gelap yang jadi sendiket.

Lah, kalau sudah tahu itu masalahnya, tanganilah sendiket itu.

Apakah penguasa imigresen dan polis sudah hilang taring dalam tanah jajahan pak menteri?

Adakah pak menteri tak pernah turun ke jalanan? Tidak nampakkah bahawa masih ada Pak Mat dari Jempol, Ah Lian dari Pontian, Muthusamy dari Jerlun dan John dari Kinabatangan yang datang merantau ke tanah kekuasaan pak menteri.

Di wilayah ini mereka usaha mencari rezeki, segunung emas mereka harapkan, tapi mereka tak seuntung pak menteri. Mereka tak boleh tukar nama jadi Tengku sesuka hati

Biodata Profesional Datuk Sharifah Aini...Al fstihah


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.




Biodata Profesional Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh
Sharifah Aini bte 
Syed Jaafar

Tarikh Lahir
2 Julai 1953

Tempat Lahir
Singapura
(tetapi dibesarkan di Johor Bahru 
sejak berusia 5 bulan; merupakan anak kedua dari 8 adik beradik)
Kerjaya
Memulakan kerjaya pada tahun 1968 dan menjadi penyanyi profesional setelah mendapat tempat ketiga pertandingan talentime anjuran Radio & Televisyen Singapura (RTS, kini dikenali sebagai TV Mediacorp) dan terus dilamar oleh EMI Singapura untuk menjadi artis rakaman (1969)

Genre Muzik
(Melayu, Inggeris & Arab)
Pop, Balada, Soft Rock, Kontemporari, Pop Tradisional, Zapin, Ghazal, Deli, Asli, Irama Malaysia, Dangdut, Irama Klasik Melayu

Pengalaman (selain menyanyi)
   Juruhebah sambilan di RTM Johor Bahru
   Berlakon dalam drama TV bertajuk SESAT
   Pelakon utama filem HAPUSLAH AIRMATAMU (1976), SUMBER ILHAMKU (1980) & BINTANG PUJAAN (1982)
   Berlakon teater KUALA LUMPUR, KUALA LUMPUR

Pencapaian
Penguasaan dalam bidang seni
(1968-2008, 4 dekad)
status - masih aktif
   98 buah album termasuk 8 buah album Inggeris
   Penyanyi Malaysia pertama berpeluang merakamkan album Inggeris
   Telah mengadakan lebih 3,715 pertunjukan amal di serata Malaysia
   Melibatkan lebih 7,600 syarikat profesional dalam mengadakan persembahan eksklusif, konsert mahupun persembahan tertutup di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia (Jakarta), Brunei, Thailand (Bangkok), Filipina, Australia, Jepun, Korea, Taiwan, Turki, UAE (Dubai, Abu Dhabi), Kuwait, Bahrain, Hong Kong, Hawaii dan beberapa negara Eropah
   Kejayaan cemerlang (Sold Out Concert) konsert 3 malam berturut-turut, Sharifah Aini diiringi Orkestra Kuala Lumpur (seramai 75 pemuzik) di Dewan Badaraya Kuala Lumpur (17, 18 & 19 Nov 1995)
   Penyanyi Asia pertama yang telah diundang membuat konsert 'Legendary Voices in One Unforgettable Night' di dewan eksklusif Victoria Concert Hall pada 8 Februari 2000 dengan diiringi oleh 70 pemuzik Orkestra Simfoni Singapura (SSO).  Turut hadir Presiden Singapura dan ramai orang kenamaan
   Konsert Di Pinggir Kayangan (Sold Out Concert, 10 & 11 Jun 2000), mengulangi kejayaan Sharifah Aini yang pernah dibuat pada tahun 1995 - ditempat yang sama dan diiringi 75 pemuzik profesional Orkestra Kuala Lumpur.  Istimewanya konsert ini menampilkan lagu-lagu tradisional sahaja
   Mengadakan konsert di tempat berprestij di Panggung Sari, Istana Budaya.  'Konsert Simfoni Ghazal Johor Bersama Datuk Sharifah Aini' direalisasikan untuk memartabatkan lagu-lagu Ghazal dan Zapin.  Diadakan 4 malam berturut-turut bermula 5 September 2003 atas tajaan Yayasan Warisan Johor.  Orang kenamaan yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
   Sejarah terpahat lagi apabila konsert 'Muzika Arabia' mendapat sambutan (3 malam berturut-turut).  Buat pertama kalinya Sharifah Aini berdendang lagu-lagu Arab sahaja kerana konsert kali ini dikhususkan untuk pelancong-pelancong Timur Tengah, tetamu khas dan penggemar-penggemar lagu-lagu Arab.

Friday, July 4, 2014

KENALI SIAPA UYGHUR.. DAN KENALI KERAJAAN KOMUNIS CHINA




 1. Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat uyghur di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.

 2. Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur? Kalau tuan puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan puan tolong mereka?Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman kerajaan China mahukah tuan puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?

 3. Isu Uyghur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan-larangan ibadah yang lain seperti larangan memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai-bagai lagi.

 4. Tahukah tuan puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?

 5. Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina!! Mahu buktinya? Tuan puan lihat gambar di bawah ini. Tiga orang bangsa Uyghur yang kami selamatkan dan melepaskan mereka daripada sebarang pertuduhan di Mahkamah Perundangan Malaysia. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina! Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.

 6. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama.

 7. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

 8. Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).

 9. Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.

 10. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol.

 11. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

 12. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.

 13. Kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. hakikatnya lebih teruk dari Palestin.

 14. Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.

 15. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih Zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat access media seperti facebook, Youtube dan internet.

 16. Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.

 17. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

 18. Oleh itu, di bulan yang mulia ini perbanyakkan doa-doa kita bagi seluruh umat agar Allah memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan dripada musuh-musuh Islam.

 Amin Ya Allah.

 Yang benar,
 Mohd Khairul Anwar Ismail @ Abu Akhyar Al-Qudsi
 Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya,
 Exco Undang-Undang Angkatan Belia Islam Malaysia Abim Pusat

Macam macam hal...Suami gagal masukkan buah zakar



Aduiiii...macam macam hal....poning pakcik mikirkan...camni punya soalan pun hado...



Thursday, July 3, 2014

Al-Kisah Bazar Ramadhan satu Fenomena

Tepuk Dada Tanya selera.....bagi aku setakat harini baru guna sehari seringgit untuk beli ais batu....pasar ramadan belum jengah lagi......tahun lepas hanya 3 kali ke pasar ramadhan...tahun ni belum lagi....panassss...sesakkk...dan alasan yg paling kuat uat aku malas ke pasar ramadhan...sebabnya aku suka masakkkkk...jimatttt..

Di bulan Ramadhan ini pastinya ramai berkunjung ke Bazar Ramadhan bagi membeli juadah berbuka puasa. Dalam kesibukkan kerja dan kepenatan meredah kesesakkan jalan raya, ramai yang memilih untuk membeli di gerai-gerai atau restoran daripada memasak di rumah. Maka, tidak hairanlah di awal bulan Ramadhan ini, ramai dejay-dejay radio memilih topik Bazar Ramadhan sebagai topik perbincangan dengan pendengar-pendengar mereka. Antara yang menarik perhatian saya baru-baru ini adalah al-kisah Bazar Ramadhan di Hot FM oleh AmKrew.

Apa yang benar-benar buat saya tertarik ialah komen-komen pendengar di awal pagi yang kebanyakannya berkisar pada harga barangan di Bazar Ramadhan yang dikatakan agak mahal dan tidak berpatutan. Tidak kurang juga yang menuduh peniaga-peniaga sebagai keterlaluan dalam menetapkan harga. Namun, hal ini segera ditangkis oleh salah seorang peniaga yang menelefon AmKrew dan menerangkan bagaimana peniaga-peniaga menetapkan harga. Dari intonani suaranya, jelas dia kecewa dengan kritikan-kiritikan yang dilontarkan oleh pendengar-pendengar Hot FM sebelum itu.


Bagi saya, pembeli-pembeli di Bazar Ramadhan tidak seharusnya menjadikan HARGA barangan sebagai satu isu. Ini kerana kos yang ditanggung peniaga adalah berbeza-beza dan pembeli juga mempunyai banyak pilihan di Bazar Ramadahan. Jika rasa tak berbaloi, singgah sahaja di gerai atau Bazar yang lain. Sebaiknya, kritikan hanya ditujukan pada isu-isu seperti etika dan kesihatan. Contohnya:  penjualan barangan makanan yang telah basi atau rosak, menipu pelanggan tentang kandungan produk mahupun bersifat kurang sopan atau memalukan.

Harus diingat kos peniaga tidak terhad kepada bahan-bahan untuk membuat makanan sahaja. Di kawasan Kota Kinabalu, para peniaga gerai sementara ini dikenakan bayaran lesen Dewan Bandaraya sebanyak RM 120 sebulan pada bulan Ramadhan. Saya tidak pasti di kawasan lain berapa. 

Selain dari itu sewa tapak dibayar kepada pemilik kawasan jika ada tuan punya. Kebanyakan tempat yang saya lawati mengenakan bayaran sekitar RM80 hingga RM250 sebulan. Ini juga perlu ditanggung dan dikira oleh peniaga.

Jika peniaga mengambil pekerja, maka upah atau gaji mereka harus dibayar mengikut bayaran yang setimpal. Kos-kos lain yang biasanya kita abaikan termasuklah kos minyak kenderaan bagi mengangkut barang-barang, elektrik, air dan sebagainya. 

Mengambil semua kos-kos yang wujud, peniaga perlu menganggar pelanggan yang datang dan membeli setiap hari. Ini satu tugas yang mencabar dan ramai yang tersilap apabila membuat anggaran terutama jika ‘projection’ yang dibuat terlalu besar sedangkan tiba masanya pula, kehadiran amat sedikit.  Berdasarkan anggaran ini, peniaga perlu menetapkan berapa harga yang patut ditawarkan yang membolehkan peniaga untuk pulang modal (break-even) dan berapa yang diperlukan untuk mendapatkan untung.

Ingat, dalam perniagaan, objektif utamanya mestilah KEUNTUNGAN. Jangan sampai teruk kita berpenat lelah bekerja, orang lain pula yang untung kerana tidak perlu susah payah memasak di rumah dan mendapatkan bekalan makanan di gerai anda pada harga yang merugikan anda. 

Antara sebab sebab harga mahal di pasar ramadhan pada tahun ini..

### faktor sewa tapak yg mahal
### bahan mentah yang mahal
### Rakyat dapat brim
### Memenuhi standart azwan ali
### Plating yg menarik sebab takut termasuk dalam selpie letak kat facebook

muahahahahahaha....

Wednesday, July 2, 2014

Jenis jenis bola di piala dunia sepanjang zaman..


Pemberi, peminta sedekah bakal berdepan hukuman.....punggahhh...


Sedikit masa lagi kemungkinan ketika anda berada di bandar  raya kuala lumpur ..tiba tiba anda terjumpa.peminta sedekah lalu mengkome huluq rm 2.00 pada pengemis.....mengkome berlalu 3 tapak kehadapan anda akan di saman rm 300 kerana memberi sedekah pada pengemis......punggahhh...


Sekadar hiasan abaikan
PUTRAJAYA - Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
 
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
 
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.
 
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.
 
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama

Tuesday, July 1, 2014

Umno Pulau Pinang Patut Sakit Hati Dengan Laporan Ini

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing.
Malah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng, hampir separuh daripada hasil tersebut pula disalurkan bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat.
Tambahnya, kepada pihak yang mendakwa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada penjualan tanah bagi mendapatkan hasil, ia tidak benar memandangkan kerajaan BN telah menjual tanah dengan keluasan 35 kali ganda namun mendapat pulangan lebih kecil.
“BN sebelum ini menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dan mendapat RM1.0586 bilion. Manakala kami menjual hanya 106.1 ekar dengan hasil RM1.1102 bilion,” ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perbezaan itu adalah kerana kerajaan Pakatan sentiasa mengamalkan sistem tender terbuka bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak untuk dipulangkan kepada rakyat.
“Isu ini sering dimainkan BN melalui media kawalan mereka. Mujurlah rakyat Pulau Pinang tidak mudah ditipu. Malah Pakatan mendapat mandat terbesar dalam sejarah negeri pada Pilihanraya Umum lalu dengan 68% undi popular,” katanya lagi.
Dengan hasil yang diperolehi itu, katanya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan RM500 juta untuk Skim Perumahan Awam Mampu Milik bagi membina 20,000 unit rumah di lima daerah di Pulau Pinang.
“Jumlah ini adalah yang terbesar yang disalurkan kerajaan negeri di Malaysia, dan kami sanggup menambahkan lagi peruntukan jika perlu," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga menjadi perintis Skim Pemilikan Bersama untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman bank memiliki rumah, dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak 30 peratus bagi membayar harga belian rumah tersebut

Tuduhan serangan Seksual :Penangan Lambakan Ubat Kuat Di pasaran.

Seorang diplomat Malaysia dituduh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merόgol. Dilaporkan lelaki berkenaan berusia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.
Perintah melarang butiran dirinya, nama suspek atau negara asalnya untuk didedahkan akhbar New Zealand dikeluarkan seorang hakim New Zealand.
Difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington, lapor Malaysiakini.
Malaysiakini juga tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra dan pihak Wisma Putra akan membuat penjelasan esok.
Berikut adalah senarai diplomat Malaysia yang berpejabat di Wellington, New Zealand.

Commission for Malaysia, Wellington

Street Address: 10 Washington Avenue, Brooklyn, Wellington 6021
Postal Address: PO Box 9422, Wellington 6141
Telephone: (04) 385 2439
Facsimile: (04) 385 6973
Email: mwwelton@xtra.co.nz
Office hours: 9 a.m.-1 p.m., 2 p.m.-5 p.m., Mon-Fri

Staff Details:

Her Excellency Rosmidah binti Zahid, High Commissioner (18 July 2012)
Mr James Koh, Counsellor
Mrs Aileen Khoo
Mr Mohd Erfino bin Johari, Counsellor (Education)
Mrs Anis Badiah bin Mat Nor
Mrs Noor Azlin binti Adnan, First Secretary
Mr Mohd Noor Fauzi bin Mohd Rani
Lt Col Shaari bin Baba, Defence Attaché
Mrs Zalilawati binti Abu Salim
Mr Lukman Sayuti, Second Secretary (Consular and Administration)
Mrs Siti Juliah binti Abd Rashid
Mrs Suraya Sari binti Abd Aziz, Attaché (Education)
Mr Mohd Fauzi Bin Mohd Minal
Mr Muhammad Rizalman bin Ismail, Administrative and Technical Staff
Mrs Nor Azura Binti Hasim
Mrs Nora binti Ismail, Administrative and Technical Staff
Mr Amir Izham Bin Alias
Mrs Jamilah binti Mohd, Administrative and Technical Staff
Mr Elias bin Taib

Monday, June 30, 2014

Kerna ini aku bertudung....


SELAYANG - “Jika memakai tudung sudah merasakan kedamaian dan ketenangan apatah lagi jika mendalami ilmu agama Islam,” luah bekas model, Felixia Yeap, 28, dalam satu program Kuliah Dhuha dan sembang santai anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer, kelmarin.

Itu antara sebab model tersebut terus memakai tudung dan baru-baru ini mengumumkan akan mengucap kalimah syahadah pada 5 Ramadan ini yang juga merupakan tarikh lahirnya.

Katanya, dia juga sudah mempunyai nama baharu yang mempunyai maksud yang baik.

“Mula-mula runsing juga sebab tidak jumpa nama yang sesuai sehinggalah bermimpi dan selepas disemak didapati maksud nama tersebut baik.

“Nama itu akan saya umumkan selepas saya masuk Islam nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Felixia berkata, niat baiknya disokong keluarga terutama ibunya yang turut nampak perubahan dalam dirinya selepas mendalami Islam.

“Boleh dikatakan dulu saya seorang yang panas baran tetapi kini menjadi seorang lebih penyabar dan tenang.

“Meskipun ibu adalah Cina tapi cara hidupnya tidak terlalu bebas malahan menjaga adap termasuk aspek pakaian yang tertutup dan sopan,” katanya yang mengakui jiwa lebih tenang dan selamat selepas memakai tudung.

Berkongsi pengalaman pertama berpuasa Ramadan kali ini dia nyata  tidak sabar menjadi seorang Muslim.

“Dua tahun lepas saya pernah berpuasa sehari selepas diajak rakan dan kali ini akan berpuasa lagi.

“Kehidupan sebagai Muslim ada matlamat dan jika boleh mahu seimbangkan kehidupan di dunia dan di akhirat nanti,” katanya.

Sementara itu Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, program Dhuha adalah salah satu aktiviti ke arah menjadikan dataran stadium sebagai dataran ilmu.

“Program hari ini (kelmarin) adalah kali kedua dan diteruskan dijadualkan 20 Julai ini dengan mengundang panel untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.

“Pengisiannya tidak terlalu formal sebaliknya lebih kepada bual bicara santai untuk disesuaikan dengan semua lapisan umur,” katanya.

PUNCA 'RANIA' ADALAH NAMA ISLAM FELIXIA YEAP TERJAWAP


Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap, 28, yang bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media.

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yang Mempersona'.

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai kenapakah dia melambatkan niat baik untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan bagaimana jika tiba ajal awal dan tidak sempat memeluk Islam? Jawab Rania, itu semua kuasa Allah SWT.

"Saya memang sudah mempercayai tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu, saya sudah dikira sebagai seorang muslim. Cuma pada 3 Julai itu, saya tinggal melafazkannya sahaja," jelasnya.

Cara Mandi Wajib Selepas Memipit Dengan Shower


Soalan;
Assalamualaikum, Ustaz, Adakah sah mandi hadas dengan “shower”? Dengan meratakan air ke seluruh badan sahaja tetapi tidak ada bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya saya buat. Terima kasih. Hamba Allah yang keliru

Jawapan;
Para ulamak mereka membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dan sebagainya) kepada dua kategori;

1. Perbuatan-perbuatan rukun
2. Perbuatan-buatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah rosak dan batal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan ibadah rosak dan batal, akan tetapi akan mengurangkan pahala ibadah.
Bagi mandi hadas/wajib, perbuatan-perbuatan rukun ialah;

1. Berniat mandi hadas
2. Meratakan air ke seluruh badan.

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua perkara di atas, sahlah mandi hadasnya. Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, ia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana ia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan israf (pembaziran). Di dalam hadis, diceritakan bahawa; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- mandi dengan hanya segantang air sahaja” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-Maram, bab al-Wudhu’).

Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafiie, di antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas ialah;

1. Membaca Bismillah.
2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.
3.Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.
4. Mengambil wudhuk sebelum mula mandi.
5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.
6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.
7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.
8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.
9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.
10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).
11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wudhuk.

Wallahu a’lam.

h12