Saturday, July 5, 2014

Biodata Profesional Datuk Sharifah Aini...Al fstihah


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.




Biodata Profesional Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh
Sharifah Aini bte 
Syed Jaafar

Tarikh Lahir
2 Julai 1953

Tempat Lahir
Singapura
(tetapi dibesarkan di Johor Bahru 
sejak berusia 5 bulan; merupakan anak kedua dari 8 adik beradik)
Kerjaya
Memulakan kerjaya pada tahun 1968 dan menjadi penyanyi profesional setelah mendapat tempat ketiga pertandingan talentime anjuran Radio & Televisyen Singapura (RTS, kini dikenali sebagai TV Mediacorp) dan terus dilamar oleh EMI Singapura untuk menjadi artis rakaman (1969)

Genre Muzik
(Melayu, Inggeris & Arab)
Pop, Balada, Soft Rock, Kontemporari, Pop Tradisional, Zapin, Ghazal, Deli, Asli, Irama Malaysia, Dangdut, Irama Klasik Melayu

Pengalaman (selain menyanyi)
   Juruhebah sambilan di RTM Johor Bahru
   Berlakon dalam drama TV bertajuk SESAT
   Pelakon utama filem HAPUSLAH AIRMATAMU (1976), SUMBER ILHAMKU (1980) & BINTANG PUJAAN (1982)
   Berlakon teater KUALA LUMPUR, KUALA LUMPUR

Pencapaian
Penguasaan dalam bidang seni
(1968-2008, 4 dekad)
status - masih aktif
   98 buah album termasuk 8 buah album Inggeris
   Penyanyi Malaysia pertama berpeluang merakamkan album Inggeris
   Telah mengadakan lebih 3,715 pertunjukan amal di serata Malaysia
   Melibatkan lebih 7,600 syarikat profesional dalam mengadakan persembahan eksklusif, konsert mahupun persembahan tertutup di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia (Jakarta), Brunei, Thailand (Bangkok), Filipina, Australia, Jepun, Korea, Taiwan, Turki, UAE (Dubai, Abu Dhabi), Kuwait, Bahrain, Hong Kong, Hawaii dan beberapa negara Eropah
   Kejayaan cemerlang (Sold Out Concert) konsert 3 malam berturut-turut, Sharifah Aini diiringi Orkestra Kuala Lumpur (seramai 75 pemuzik) di Dewan Badaraya Kuala Lumpur (17, 18 & 19 Nov 1995)
   Penyanyi Asia pertama yang telah diundang membuat konsert 'Legendary Voices in One Unforgettable Night' di dewan eksklusif Victoria Concert Hall pada 8 Februari 2000 dengan diiringi oleh 70 pemuzik Orkestra Simfoni Singapura (SSO).  Turut hadir Presiden Singapura dan ramai orang kenamaan
   Konsert Di Pinggir Kayangan (Sold Out Concert, 10 & 11 Jun 2000), mengulangi kejayaan Sharifah Aini yang pernah dibuat pada tahun 1995 - ditempat yang sama dan diiringi 75 pemuzik profesional Orkestra Kuala Lumpur.  Istimewanya konsert ini menampilkan lagu-lagu tradisional sahaja
   Mengadakan konsert di tempat berprestij di Panggung Sari, Istana Budaya.  'Konsert Simfoni Ghazal Johor Bersama Datuk Sharifah Aini' direalisasikan untuk memartabatkan lagu-lagu Ghazal dan Zapin.  Diadakan 4 malam berturut-turut bermula 5 September 2003 atas tajaan Yayasan Warisan Johor.  Orang kenamaan yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
   Sejarah terpahat lagi apabila konsert 'Muzika Arabia' mendapat sambutan (3 malam berturut-turut).  Buat pertama kalinya Sharifah Aini berdendang lagu-lagu Arab sahaja kerana konsert kali ini dikhususkan untuk pelancong-pelancong Timur Tengah, tetamu khas dan penggemar-penggemar lagu-lagu Arab.

No comments:

Post a Comment

h12