Thursday, June 5, 2014

18SX UNTUK SUAMI ISTERI: APA HUKUM ORAL SEKS? (MENCIUM & MENGULUM KEMALUAN PASANGAN)


Ustaz, apakah hukum ‘oral sex’ ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan [1] suami pula ustaz, bagaimana ye? Jom baca Apa Yang Kita Was-Was – Hukum Oral Seks.

Sudah Kahwin Baru Patut Baca Bab Ini

Jawapan

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

[1]

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga [1] ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

[1]
Apa Yang Kita Was-Was – Hukum Oral Seks
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan


Tuesday, June 3, 2014

KENAPA TINGKAH LAKU PELAJAR JADI MACAM NI...#MURID GANGSTER video inside



Apa istimewa Deepak dapat pinjaman tanpa faedah?




PULAU PINANG 2 JUN: KEADILAN mempersoalkan apakah keistimewaan ahli perniagaan yang rapat dengan perdana menteri, Deepak Jaikishan dibenarkan mendapat pinjaman RM32 juta tanpa faedah.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sedangkan pelajar terpaksa meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan dikenakan faedah.

"Pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN dikenakan faedah sebanyak 4 peratus. Jika tak bayar akan disenarai hitamkan.

"Deepak yang berhutang dengan Bank Rakyat pula tidak dikenakan apa-apa faedah walaupun pinjaman RM32 juta yang mahu dibayar selama 10 tahun, lebih banyak daripada seorang pelajar yang berhutang PTPTN," ujar beliau.

Beliau berkata demikian mengulas isu pinjaman tanpa faedah oleh Bank Rakyat kepada ahli perniagaan itu, seperti mana didedahkan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik baru-baru ini.

"Kenapa ada perbezaan besar skim pinjaman bank dalam negara ini jika dibezakan antara rakyat biasa dengan Deepak?

"Apa istimewanya Deepak dengan peminjam lain yang meminjam di Bank Rakyat," soal Saifuddin semasa berucap di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang dalam program ceramah isu semasa 'kebangkitan reformasi 2.0', semalam.

Katanya, sekiranya tindakan ini berterusan semata-mata untuk menguntungkan kroni Umno BN, banyak institusi kewangan akan menanggung kerugian.

"Bank akan lingkup, kroni senang lenang, rakyat jadi mangsa penipuan dan ketidakadilan atas sikap menteri yang berat sebelah. Kalau kerajaan berani, siasat menteri yang bernama Hasan Malek dengan segera.

"Jika kerajaan bacul, tidak mahu bertindak, rakyat mesti bangun untuk menentang penipuan yang sedang ketara berlaku di hadapan mata," ujar beliau lagi.

Saifuddin juga berkata, pendedahan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik terhadap salah laku menteri, Datuk Seri Hasan Malek tidak harus dipandang enteng

Ini kerana katanya, ia melibatkan kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, sekiranya gagal bertindak terhadap anggota kabinetnya.

"Kita yakin bahawa kerajaan pimpinan Najib akan kelu dan kaku tidak berani bertindak terhadap Hasan Malek.

"Najib mesti buktikan, Umno dan BN tidak melindungi Hasan Malek. Mereka juga mesti buktikan Deepak tidak punya kekebalan jika dibezakan dengan peminjam lain, "jelas beliau lagi.

Pendapatan RM 5000.00 sebulan di anggap golongan kaya di Malaysia...Tiada lagi subsidi petrol mulai 1 September ???

Inilah hasilnya apabila pembuat dasar dan yang menghasilkan kajian tidak berpijak dibumi yang nyata hanya bersandarkan kepada andaian semata-mata. Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh Pegawai & Kakitangan Bank Negara Malaysia menunjukkan : Rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah Manakala rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 diletakkan sebagai golongan berpendapatan sederhana. Dan rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas dianggap sebagai berpendapatan tinggi.. RM5,000 diangap berpendapatan tinggi?.. angka ini mungkin sesuai digunapakai 10 atau 15 tahu yang lalu, hakikatnya buat masa dan ketika ini adalah tidak logik untuk dikatakan RM5,000 itu sebagai berpendapatan tinggi. RM5,000 tolak EPF, tolak SOCSO dan ditolak pula dengan cukai pendapatan berapa yang tinggal agaknya?

 Cukupkah dengan baki sebanyak lebih sedikit dari RM4,000 itu untuk menampung hidup di sebuah bandar besar? Itu belum lagi ditolak dengan sewa rumah, bill api dan elektrik, ansuran bulanan kereta, minyak kereta, bayar tol dan berbagai lagi.. berapakah yang tinggal? Malangnya golongan yang berpendapatan RM5,000 yang dianggap sebagai berpendapatan tinggi itu yang kini semakin terhimpit kehidupan sehariannya dengan bebanan kenaikkan harga barang.. sekali lagi akan terbeban kehidupan mereka. Ini kerana Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Perdana Menteri yang paling banyak berhutang dalam sejarah pimpinan negara bakal menarik balik subsidi Petrol dan Diesel untuk mereka.. Laporan berkaitan.. Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.
2000 cc
Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi. Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.


Monday, June 2, 2014

Pecah berita ..cekelat kedbery tiada dna babi..kata jakim....


Bagi aku say bye bye kepada kedbery....kalau dah was was tinggalkan saja...puiii



BANGI - Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam. "Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12 dan 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan. "Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

h12