Saturday, May 31, 2014

Ustaz Kazim...air kencing terbang..

Ustaz Kazim Elias Teluk Intan – Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengatakan beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO suatu ketika dahulu. Beliau yang ditemui ketika menyampaikan ceramah Israk Mikraj di kampung Batak Rabit malam tadi berkata, setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini. “Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan. Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut. “Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung. “Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa. “Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi. Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa. Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam? Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara. “Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.

Friday, May 30, 2014

OOO..INI SEBABNYA ADAM CORIE PELAKON KENA GAM.......ALASAN tv3 LEBIH TERUK DARI CEKELAT KEDBERY

Pelakon Adam Corrie meminta stesen televisyen TV3 berhenti dari memfitnahnya dengan mengatakan dirinya merupakan seorang ahli parti PAS sehingga dia telah digam oleh stesen televisyen berkenaan. “Saya mula menyedari tentang hal ini tahun lalu. Pada waktu itu, saya telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam sebuah telemovie berjudul “Zikir Tanpa Bibir”. “Setelah telemovie itu siap sepenuhnya, produsernya ada berjumpa dengan pihak TV3 untuk mendapatkan hak penyiaran.

Namun, sejurus mereka mendengar nama saya, telemovie tersebut ditolak mentah-mentah. Mereka memberikan alasan bahawa saya merupakan ahli PAS,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan. Tambah Adam yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 lagi, selepas telemovienya ditolak mentah-mentah oleh TV3, malah program ilmu berjudul “Muhammad Ku” yang turut menampilkannya dalam dua episod turut dipotong dan digantikan dengan orang lain.

“Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri rakaman program ilmu berjudul “Muhammad Ku”. Namun setelah merakamkan sebanyak dua episod, produser rancangan itu menghubungi saya dan memberitahu, khidmat saya tidak diperlukan lagi. “Tambah produser itu lagi, babak yang melibatkan penampilan saya telah dipotong dan digantikan dengan orang lain.” Dalam pada itu, Adam meminta pihak TV3 yang mendakwa dirinya seorang ahli PAS untuk tampil berikan bukti.

 “Jika benar saya merupakan ahli PAS, buktikan. Saya terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana.” Dalam perkembangan lain, Adam kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri “Kerambit” dan juga drama bersiri “Gerak Khas”.

Thursday, May 29, 2014

Sultan perak di hina oleh yusuf segambut...


Tidak patut ...melampau...



Termakan nasi kangkang

“Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kangkang itu betul atau tidak, tetapi melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan dengan nasi kangkang.” Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat tahun lalu. “Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri. “Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.

Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun. “Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan. “Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati. “Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya. Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri. “Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama. “Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan kami. “Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami menjadi suami isteri,” jelasnya.

Tuesday, May 27, 2014

Bergambar Dengan Babi Demi Seni

Dunia akhir zaman. Dunia kita makin tua, pelbagai kerosakan semakin menjadi-jadi di muka bumi ini. Antaranya seorang pelajar wanita berasal dari Korea yang sanggup tidur dengan babi, maaf, TIDUR BERBOGEL DENGAN BABI. Semuanya dilakukan atas nama seni. Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011.

 Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap. Selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca. Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan. Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.

Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres. Begitulah kisah bagaimana teruknya manusia-manusia di akhir zaman. Harus diingat, Kim bukannya bodoh…dia merupakan bekas pelajar perubatan lagi tetapi nampaknya dia meletakkan dirinya pada martabat yang paling hina dan keji. Sesuatu yang pasti, ada ramai lagi ‘Kim’ di luar sana tetapi dalam bentuk dan sudut yang berbeza. Semoga Allah menghindarkan kita dari segala perbuatan yang cela dan hina seperti ini, baik daripada segi kelakuan, mahupun pemikiran! sumber: mynewshub.my

MB Selangor lawat 5 beradik yatim piatu, Najib lawat panda







Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keprihatinan Abdul Khalid ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih mendekati panda berbanding rakyat.

Sehingga kini, Najib tidak sekalipun menyatakan simpatinya terhadap penderitaan lima beradik ini apatah lagi mengunjungi mereka, tetapi lebih menyayangi dua ekor panda yang dilawatinya di Zoo Negara semalam.

Tidak seperti Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menziarahi kelima-lima beradik tersebut pada hari ini yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya, seperti dilapor SelangorKini.

Terdahulu, Abdul Khalid hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.

Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.

“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.

Selepas hampir sejam bersama anak-anak itu, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.

Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan
jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.

Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain, 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, maut dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.

Jenazah suami isteri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.

SETELAH BABI DALAM CADBURI KINI ANJING DALAM BISKUT DAN BIAWAK DALAM SARDIN PULAK DI KESAN...



Apa...? 140 juta..muaiii

Isu Pinjaman RM40 juta: SPRM perlu siasat Hasan Malek May 26 2014 / Keadilan Daily (Oleh: Fiza Halim) KUALA LUMPUR 26 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik mengenai campurtangan seorang menteri bagi membolehkan pinjaman RM32 juta tanpa faedah diberikan kepada seorang individu. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuduhan itu amat serius dan SPRM perlu menyiasat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sekiranya melakukan salahguna kuasa. Katanya, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berdiam diri memandangkan individu berkenaan turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan.


Monday, May 26, 2014

Bila Kemaruk Pucuk Muda

Kemaruk ‘pucuk muda’, seorang suami bukan saja sanggup berkahwin secara senyap-senyap dengan isteri baru berusia 23 tahun, malah cuba menundukkan isteri pertamanya dengan pelbagai amalan khurafat seperti menyembur minyak guna- guna di dalam bilik dan meletakkan tangkal di bawah tilam. Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu terbongkar selepas isterinya hairan apabila hampir setiap minggu sejak tiga bulan lalu, suaminya ke selatan tanah air dengan alasan urusan kerja sehinggadia terbaca SMS berbaur cinta seperti ‘minggu depan abang datang sayang’
dan ‘abang rindu’ di telefon bimbit suaminya. 

Selepas itu, bermulalah ‘perang’ membabitkan pasangan itu, namun si suami masih enggan mengaku menjalin hubungan sulit sehingga si isteri menemui sijil nikah Thailand tertera nama suaminya dan madu, dua bulan lalu. Mangsa permainan suami itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 49, berkata, selepas menemui surat nikah, selama seminggu suaminya bermati-matian menafikan berkahwin lain sebelum akhirnya mengaku.

 “Saya tidak dapat menerima hakikat itu dan mahu suami meninggalkan isteri barunya. Saya pernah berbalas SMS dengan isteri barunya tetapi nampaknya dia juga keras kepala dan tetap mahukan suami saya.

Sesi 'selfie' bersama Dyana Sofya dapat sambutan hangat..ada video cungg oo


Sesi 'selfie' bersama calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Teluk Intan yang berbaris untuk bergambar dengannya. Dyana juga menggunakan peluang itu mempromosikan inisiatif perpustakaan mobil yang dinamakan 'Buku Jalanan Seri Manjung', berhampiran bangunan menara condong Teluk Intan.

PANAS! PUNCA MCA TAKUT BERTANDING DI PRK BUKIT GELUGOR...


TAKUT HILANG DEPOSIT RUPANYA !!!

Rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas. Ketiga-tiga calon itu hilang deposit mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi.

Huan sekadar meraih 3,583 manakala Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh. Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi. Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

 Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo turut bersamanya.

Penganiayaan kepada umat Islam

KUANTAN - Penjualan produk halal yang sebenarnya mengandungi bahan tidak halal merupakan satu penipuan dan penganiayaan kepada umat Islam. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, umat Islam dinasihatkan supaya tidak membeli atau makan produk makanan di pasaran sekiranya status halalnya diragui apatah lagi yang jelas mengandungi DNA babi.

 Menurutnya, beliau menyokong langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung sijil halal dua produk Cadbury kelmarin. “Sebagai umat Islam, mereka patut berhenti membeli dan memakan produk itu atau sebarang makanan diragui status halalnya. “Di sebalik halal haram sesuatu makanan itu, di tengahnya ada yang disifatkan sebagai samar-samar dan itu juga dilarang kepada umat Islam untuk memakannya, apatah lagi yang jelas haram,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

 Abdul Rahman berkata, umat Islam terutama ibu bapa perlu memainkan peranan menjelaskan perkara ini kepada anak-anak supaya mereka tidak membeli sesuatu produk diragui status halalnya walaupun disukai ramai. “Pada masa yang sama, kita juga kena berhati-hati dan jika perlu semak kandungan bahan sesuatu makanan itu sebelum membelinya. “Jika diragui atau tiada logo halal sah dikeluarkan Jakim, jangan beli dan buat pilihan produk lain,” katanya. Beliau berkata, setiap orang sebagai umat Islam perlu memainkan peranan dan perkara ini perlu diberi perhatian serius supaya umat Islam tidak tertipu dan terpedaya dengan makanan haram yang ‘halal’ di pasaran.

Sunday, May 25, 2014

Koleksi Gambar Gambar Menarik DYANA SOFYA


Tak Paham Aku Dengan Si Baker nih..

Hari tu dia menangis-nangis dan merajuk serta hampir tarik diri bila dirinya kurang mendapat liputan media.. Bagaimanapun setelah mendapat liputan besar-besaran dari berbagai media setelah melakukan aksi stunt keatas kereta Guan Eng, dia nak tarik diri juga.. Alasannya ialah dia dah kecewa dengan sistem Pilihanraya negara ini dan paling menarik dia buat pendedahan kononnya Najib mahu DAP menang.. Menurutnya sumber 'tertinggi' (tinggi mana entahlah samada setinggi Komtar atau KLCC hanya dia yang tahu) memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976.

PANAS - Gambar Bikini Dyana Disebarkan Di Masjid Dan Kampung Melayu

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee (kiri) dan Ahli Parlimen, Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat laporan polis berhubung gambar bikini palsu calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak hari ini. Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.

 Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar. “PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami. "Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak. DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu. Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu. Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.

h12