Amboi, sedapnya dia menulis. Nak buang dalam loji lah, tak handsome lah, buang duit rakyat lah. Ko ingat ko tulis guna bahasa alien ni orang tak faham ke?
Tuesday, June 24, 2014
Sunday, June 22, 2014
Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama..
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini. The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang. Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yang didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan. Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan. Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times. Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek. Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.
Pesta seks terbuka ... apa tindakan pihak penguasa....dimana harga diri
Dipercayai panggilan dan jemputan pesta sex ini di adakan secara online melalui aplikasi sosial facebook..kalau ijutkan tarik ianya bermula hari ini.Iklan dalam bahasa melayu ini nampaknya ditujukan kepada anak anak melayu yang dahagakan sex semata ....dimana harga diri....gagallah cikgu ustazah mereka ketika.mengajar mereka suatu waktu dahulu..atau pun acuan pendidikan yang tidak kena...pendapat saya kurangnya jati diri dan ilmu agama punca semua ini....peranan undang undang konvensional juga ada sahamnnya.....cuba fikir jika hukum allah itu dilaksanakan dan di pertontonkan...adakah semua ini mungkin...tepuk dada...tanya selera...
Friday, June 20, 2014
Thursday, June 19, 2014
Lebih baik kalau beli mercedes buat pergi mengajar...Kerajaan peruntuk RM400 juta beli netbook cikgu
KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
"Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh
kementerian untuk membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru. "Antara jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini. Ahmad Shabery berkata demikian bagi menjawab soalan Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) yang bertanyakan mengenai kos yang ditanggung oleh kementerian dalam membekalkan 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena sambutan Hari Guru.
Dalam pada itu, tambah Shabery, pemberian tersebut menunjukkan bahawa bukan hanya pelajar yang perlu dilengkapi dengan kemudahan netbook dalam usaha memastikan penggunaan teknologi secara menyeluruh dalam bidang pendidikan. "Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan yang guru-guru juga perlu dibekalkan. "Sebab itu pada tahun ini kita kembangkan pada guru-guru dan ini sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami daripada kementerian kepada guru-guru,"
katanya Beliau juga menegaskan netbook yang dibekalkan kepada pelajar mempunyai jaminan dan kualiti terbaik. "Memang ada isu yang berkaitan dengan kualiti dan sebagainya, tetapi semuanya kita sudah beritahu bahawa mereka yang memperolehinya akan dibekalkan dengan satu tahun jaminan (waranti) dan ada lebih kurang 174 tempat di seluruh negara jika ianya rosak. "Selagi tempoh jaminan masih ada saya rasa tidak menjadi alasan untuk kita mengatakan bahawa program ini tidak baik," katanya

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)