Sunday, August 3, 2014

saksikanlah ..Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah

KUALA LUMPUR – Tahun 2008 hingga 2010 selepas PRU ke 12 yang lalu merupakan antara saat-saat getir bagi PAS di Kedah bagi menghadapi karenah, menjaga maruah PKR dan PR disamping mempertahankan air muka, kerajaan supaya tidak tersungkur di tengah- tengah perjuangan.

Menurut bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau merasa terpanggil untuk memberikan pandangan di atas kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor berikutan perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

“Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

“PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sanusi menambah, Rafizi Ramli serta Datuk Saifuddin Nasution yang bersungguh-sungguh mahu PAS supaya mengambil iktibar dan contoh dari sikap PKR Kedah dalam menghadapi kemelut Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing masih samar dengan situasi sebenar yang berlaku tatkala itu.

“Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

“Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang,” tambah Sanusi.

Jelasnya, semasa Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bergelar Menteri Besar Kedah, seorang ADUN telah dipaksa untuk meletak semua jawatan meskipun telah dinasihatkan oleh Menteri Besar sendiri supaya dilucutkan jawatan dari Exco, namun keputusan itu disanggah keras oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau.

“Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

“PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...,” tegasnya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Sanusi turut memberitahu PKR langsung tidak memperdulikan nasib dan kebajikan kesemua Adunnya sehinggakan PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah diisytiharkan muflis dan diiklankan di dada-dada akhbar hampir seratus ribu.

“MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut berpesan agar PKR di Selangor untuk tidak campur tangandalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan Menteri Besar dan mereka tidak seharusnya sama sekali menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah.

“Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

“Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?“Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat,” ujarnya. ~zaini ghan

Tuesday, July 22, 2014

Anwar Ibrahim: Khalid Gugur...Gantikan Wan Azizah

Akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Kerusi panas Abdul Khalid itu bakal digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismial.

Pengumuman itu dilakukan suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.

“Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor…kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah,” katanya.

Pada Isnin, drama komplot untuk menjatuhkan Abdul Khalid semakin serius apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor itu.

Mesyuarat yang bermula tepat pukul 10 malam ini dihadiri majoriti ahli MPP termasuk Dr Wan Azizah serta Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanun kelibat Abdul Khalid yang juga ahli MPP tidak kelihatan pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat malam ini dilihat penting kepada PKR dalam menetapkan pendirian parti itu mengenai masa depan Abdul Khalid sebelum sebarang keputusan mengenainya dibentangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Pada pukul 11.25 malam, Dr Wan Azizah dilihat meninggalkan mesyuarat dan bangunan ibu pejabat parti itu. – mstar.com.my

Sunday, July 20, 2014

LAYAN MAK NYAH STESEN KERETAPI...Tak hirau lansung masalah negara...

ALOR SETAR - Ketika umat Islam rancak mengerjakan solat tarawih, masih ada lelaki bernafsu songsang tergamak melanggan mak nyah di Lorong Kereta Api, dekat sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, tiga mak nyah bersama seorang pelanggan dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam Ops Nyah ketika leka berurus niaga.

Manakala beberapa mak nyah lain bertempiaran lari menyelamatkan diri menaiki motosikal pelanggan, ada juga menyorok dalam semak berhampiran landasan keretapi berkenaan.

Malah seorang pelanggan berusia 26 tahun juga tidak sempat melanggan mak nyah berusia 29 tahun.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki bujang terbabit dicekup bersama seorang mak nyah.

“Turut ditahan dua mak nyah bukan beragama Islam manakala seorang mak nyah dikenali sebagai Nik dikatakan kerap keluar masuk dari negeri ini dengan Thailand untuk bersosial.

“Meskipun sudah ditahan anggota penguat kuasa sebanyak tiga kali, namun mak nyah berkenaan dilihat tidak serik melakukan kesalahan sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Roshidi berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kegiatan mak nyah di lorong berkenaan tidak pernah berhenti sebaliknya rancak berlangsung meskipun di bulan puasa.

Katanya, mereka mengambil kesempatan semasa waktu solat tarawih untuk melakukan kegiatan tidak bermoral sekali gus mencemarkan kesucian Ramadan ini.

"Kegiatan mak nyah didapati tetap mendapat sambutan hangat terutamanya geng motosikal apabila mereka dilihat asyik berurus niaga pada bulan puasa ini.

“Sebelum dilepaskan, beberapa mak nyah dan pelanggan terbabit diberi nasihat supaya menyedari kesilapan mereka dengan harapan pulang ke pangkal jalan,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan, mereka yang terbabit akan dikenakan denda RM1,000 ataupun enam bulan penjara di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah.

Allahyarham Ghafar bantah hidang arak dalam MAS


MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau.

Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini," ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajikan keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah, Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Menurut rakan-rakannya dari kariah Masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak daripada sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas. - HARAKAHDAILY 19/7/2014

Friday, July 18, 2014

MUTAKHIR Pemberontak Ukraine dakwa tersalah tembak pesawat MH17

KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting berkenaan. - AFP

h12