Wednesday, June 25, 2014

PENJELASAN AZHAR SULAIMAN ISU MAHU JUMPA DENGAN CIKGU YANG MENAMPAR ANAKNYA

Semalam pelakon popular era awal 90-an, Azhar Sulaiman telah memuatnaik status ke dalam laman sosial Facebook yang mana seolah-seolah berang dengan tindakkan guru yang didakwa menampar anaknya sebanyak sepuluh kali. Malah dalam status tersebut dia seolah-olah mengugut mahu berjumpa dan bersemuka guru itu.




Memang pada mulanya saya agak ‘panas’ dengan apa yang berlaku tetapi bila difikir balik saya tidak sepatutnya bersikap begitu, jadi kini saya sedikit tenang. Saya marah, tapi tidaklah sehingga mahu merosakan institusi sekolah itu semata-mata untuk masalah anak saya ini. Tak perlulah saya dedahkan apa yang berlaku. Lagipun anak saya berada dalam keadaan baik, cuma mungkin dia ada sebab mengadu kepada saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi. Azhar akui bakal meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan guru tersebut tetapi hanya mahu berbincang secara aman. Kata Azhar: “Saya ada menelefon cikgu berkenaan, itu pun tidak berniat untuk memarahi apatah lagi bersuara tinggi. Cuma saya hanya ingin tahu apa puncanya dan mengapa hukuman itu diberikan. Saya pun tak mahu panjangkan perkara ini dan akan berjumpa dengan cikgu itu dalam masa terdekat untuk bersemuka dan berbincang secara kekeluargaan untuk kebaikan anak saya. Yelah, hari ini cikgu itu salah, esok lusa mungkin saya atau anak saya yang salah. Manusia buat kesalahan. So let forgive and forget as Ramadan is coming soon,” luahnya lagi. - S

No comments:

Post a Comment

h12