Wednesday, June 25, 2014

PENJELASAN AZHAR SULAIMAN ISU MAHU JUMPA DENGAN CIKGU YANG MENAMPAR ANAKNYA

Semalam pelakon popular era awal 90-an, Azhar Sulaiman telah memuatnaik status ke dalam laman sosial Facebook yang mana seolah-seolah berang dengan tindakkan guru yang didakwa menampar anaknya sebanyak sepuluh kali. Malah dalam status tersebut dia seolah-olah mengugut mahu berjumpa dan bersemuka guru itu.




Memang pada mulanya saya agak ‘panas’ dengan apa yang berlaku tetapi bila difikir balik saya tidak sepatutnya bersikap begitu, jadi kini saya sedikit tenang. Saya marah, tapi tidaklah sehingga mahu merosakan institusi sekolah itu semata-mata untuk masalah anak saya ini. Tak perlulah saya dedahkan apa yang berlaku. Lagipun anak saya berada dalam keadaan baik, cuma mungkin dia ada sebab mengadu kepada saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi. Azhar akui bakal meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan guru tersebut tetapi hanya mahu berbincang secara aman. Kata Azhar: “Saya ada menelefon cikgu berkenaan, itu pun tidak berniat untuk memarahi apatah lagi bersuara tinggi. Cuma saya hanya ingin tahu apa puncanya dan mengapa hukuman itu diberikan. Saya pun tak mahu panjangkan perkara ini dan akan berjumpa dengan cikgu itu dalam masa terdekat untuk bersemuka dan berbincang secara kekeluargaan untuk kebaikan anak saya. Yelah, hari ini cikgu itu salah, esok lusa mungkin saya atau anak saya yang salah. Manusia buat kesalahan. So let forgive and forget as Ramadan is coming soon,” luahnya lagi. - S

Lelaki setia: toreh tangan kerana putus cinta wanita


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Rezza Sharul telah berkongsi dua gambar sadis yang boleh dilabelkan sebagai satu tindakan yang kurang matang.Lelaki bodoh itu kecewa selepas dipercayai baru saja putus cinta bertindak menoreh lengannya dengan pisau sehingga menampakkan pendarahan yang teruk.Pada caption gambarnya itu, Rezza berkata dia sanggup buat begitu demi cinta dan orang yang dia sayangi. Namun perhubungan cinta yang berlangsung selama 6 tahun itu putus di tengah jalan.Akibatnya, dia kecewa dan merana serta bencikan perempuan.


Tuesday, June 24, 2014

Najib beri bayangan mungkin ada rombakan kabinet


.
SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan tentang rombakan Kabinet, menyatakan pelancaran KLIA2 di sini hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.
   
"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran KLIA2.
 
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.
 
Spekulasi tentang rombakan Kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan. - Bernama

JEMAAH UMRAH MENINGGAL DALAM PESAWAT


Jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat
June 23, 2014
KUALA LUMPUR - Seorang jemaah umrah Malaysia meninggal dunia dalam pesawat Flynas milik Arab Saudi ketika dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur pagi tadi.

Ekoran kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Colombo, Sri Lanka dan mengakibatkan penerbangan pulang ke Malaysia tertangguh selama 12 jam.

Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn Bhd, Harun Ahmmu berkata jemaah umrah syarikatnya itu dikenali sebagai Zaleha Salleh, 46, dari Kuala Berang, Terengganu dan disahkan meninggal sekitar pukul 8 pagi waktu Colombo akibat sesak nafas ketika berada dalam pesawat.

"Berikutan kematian jemaah itu, penerbangan terpaksa berpatah balik dan mendarat di Colombo bagi memberi rawatan dan menguruskan jenazah Zaleha.

"Pihak kami telah menghubungi Konsulat Malaysia di Colombo dan Islamic Jemaah untuk pengurusan jenazah sehingga selesai sebelum dihantar pulang ke tanah air dalam masa empat hari lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Harun berkata pengurusan jenazah mengambil masa yang panjang kerana perlu mematuhi beberapa prosedur sesebuah negara apabila berlaku kematian penumpang di dalam penerbangan dan kapal terbang harus mendarat di lapangan terbang berhampiran untuk pengesahan.

Beliau berkata syarikatnya menanggung semua kos pengurusan jenazah sebelum diserahkan kepada waris.

Susulan kejadian itu, 350 penumpang termasuk 36 jemaah daripada Rayhar Travels Sdn Bhd yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10.30 pagi tadi ditangguh sehingga 10.15 malam ini.

Jemaah umrah berkenaan berlepas ke tanah suci sejak 13 Jun lepas.  

Sementara itu, seorang jemaah umrah ketika dihubungi Bernama, Rozaini Omar, 46, berkata beliau mengenali arwah kerana menyertai jemaah umrah syarikat yang sama.

"Arwah dikatakan sesak nafas dalam pesawat dan diberi rawatan oleh seorang doktor dan seorang jururawat dalam kapal terbang dan sebaik mendarat di Colombo Zaleha disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan negara itu," katanya.

Rozaini berkata beliau bersama jemaah lain terpaksa berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo sekitar 6.25 petang, waktu Malaysia bagi penerbangan pulang ke KLIA.  - Bernama

Pelajar tersepit celah faraj ketika asyik selfie



SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman. Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat. Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan. Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi. Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu. Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. – metro.co.uk sepit

h12