Monday, August 25, 2014

10 Rahsia Pandangan Wanita Terhadap Lelaki


1 . Senyuman

Wanita sukakan senyuman lelaki yang manis . Dengan itu , wanita itu akan tersenyum kembali kepada lelaki tersebut dengan senyuman yang lebih manis .

2. Fizik

Sesetengah wanita mengutamakan tinggi badan , lengan dan tangan seseorang lelaki itu .

3. Bau Badan

Bau badan sangat penting bagi kebanyakan wanita. Seorang lelaki perlu memiliki badan yang wangi. Tidak perlu sampai memakai perfume mahal, yang penting bersih dan segar.

4. Cara Berpakaian

Perbezaan antara zaman dan umur sangat-sangat mempengaruhi selera wanita . Pada umumnya , wanita sukakan lelaki yang berpakaian kemas . Tetapi , jika ingin wanita itu lebih menyukai penampilan seseorang lelaki , pakailah pakaian yang kemas , bersih dan wangi .. :)

5. Gaya Rambut & Aksesori Kepala

Seperti cara berpakaian, perbezaan zaman dan umur juga mempengaruhi dua hal ini. Tetapi yang pasti, wanita tidak akan menyukai lelaki yang memiliki rambut yang bau, kusam, dan berkutu. Wanita sukakan lelaki yang berambut kemas seperti kelihatan disikat , rambut spike dan sebagainya selagi rambut lelaki itu masih menarik hatinya.

6. Sikap Tubuh

Sikap tubuh ketika berjalan, duduk, ataupun makan sangat diperhatikan oleh wanita. Lelaki yang memiliki sikap tubuh yang tegap akan tampak seperti orang yang percaya diri di mata wanita.

7. Cara Bercakap

Wanita sukakan lelaki yang bertutur dengan bahasa yang sopan dan bukan sebaliknya seperti perkataan-perkataan yang kasar di mata semua orang. Bahasa juga merupakan peranan penting untuk menambat hati wanita.

8. Warna Kulit

Pada umumnya , warna kulit tidak penting sama sekali . Hanya segelintir wanita yang suka memilih lelaki yang berkulit putih . Kononnya, putih tu bersih .. Habis tu , seandainya lelaki tu hitam ? Nak cakap ape ? Bagi anis , hitam putih tu sama je . Dan bagi anis juga , hitam itu boleh disamakn dengan hitam manis . :)

9. Mata

Pandangan mata lelaki terhadap seseorang wanita itu akan membuat wanita cair seperti AIS KRIM !

10. Kelakuan

Sesetengah wanita menyukai lelaki yang agresif tetapi yang lain menyukai lelaki yang lebih tenang dan cool. Biasanya wanita menganggap penting hal ini saat perjumpaan dan kesan pertama.

Awek cun tapi ‘Mulut Puaka’ hina mangsa nahas MH17 di facebook [4 Gambar]

Jika pagi tadi kami ada siarkan tentang seorang gadis mempertikaikan bacaan al-fatihah kepada mangsa nahas MH17, yang ini pun tak kurang biadab malah lagi kurang ajar.

Individu di sebalik akaun Facebook Amoyy Mongek bukan sahaja mempertikaikan bacaan al-fatihah malah menunjukkan sikap buruk sangkanya yang melampau apabila mengandaikan mayat dalam keranda mungkin cuma anak patung.
Walaupun dikritik kerana status tersebut ia tidak menghalang individu ini memuat naik status baru hari ini yang mempertikaikan pula penghormatan diterima mangsa MH17 yang dikatakannya cuma orang awam.




Kerajaan Malaysia dan orang yang menghormati tragedi MH17 turut dikritik oleh manusia bermulut lancang ini.

Tinjauan kami mendapati akaun menggunakan gambar wanita cantik ini sudah lama mencetuskan kontroversi dengan status-status panas termasuk berbaur lucah dan mempunyai ramai pengikut.

Secara logik mustahil pula seorang perempuan begitu berani bercakap tentang seks secara terbuka dan mendedahkan gambarnya seperti ini tapi sekiranya betul maka inilah namanya harap muka je lawa tapi mulut macam puaka.

Tapi sekiranya ini satu lagi akaun palsu maka diharap SKMM dapat bertindak secepat mungkin kerana ia sudah boleh dikira jenayah siber.

sumber

Sunday, August 24, 2014

Mampukah Dr Mahathir menumbangkan Najib?


Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun sudah berusia masih lagi kuat kerana semangat perlawanannya yang tinggi. Sejak awal penglibatannya dalam politik, bekas perdana menteri itu tidak pernah sunyi daripada krisis dan kontroversi.


Lebih 10 tahun selepas bersara daripada politik, suaranya masih lagi berpengaruh dan didengari, mungkin kerana beliau terlalu lama memerintah satu ketika dahulu, mungkin juga kerana pendiriannya yang konsisten dalam pelbagai isu.

Dr Mahathir tidak perlu menunggu mimpi sebelum membuat keputusan. Keputusannya jelas, disokong dengan fakta dan boleh menghujahkannya kembali untuk memberikan penjelasan.Walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan pandangan atau tindakan politiknya, tetapi kita harus akui beliau konsisten dengan pandangan dan kepercayaannya dan tidak akan berhenti daripada terus melawan musuhnya.
Musuh nombor satu beliau adalah bekas anak didiknya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selagi Anwar bebas bergerak ke sana sini, Dr Mahathir tidak akan senang duduk.

Anwar merupakan satu-satunya lawan Dr Mahathir yang masih belum terkubur selepas dipecat dari Kabinet dan Umno pada tahun 1998.Sehingga hari ini Dr Mahathir masih melawan Anwar, walaupun tidak secara langsung.

Menumbangkan Tunku dan Abdullah


Sebelum ini lawan Dr Mahathir juga bukan calang-calang orang. Pada awal penglibatan politiknya dan sebelum berkuasa, perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman tersungkur kerananya.

Gerakan pemimpin muda seperti Dr Mahathir dan Tun Musa Hitam berjaya memaksa bapa kemerdekaan negara itu memberikan laluan kepada Tun Abdul Razak untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Selepas meletakkan jawatan, tanpa menguasai media dan kerajaan Dr Mahathir berjaya menumbangkan seorang lagi perdana menteri dan presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada ketika itu, Dr Mahathir dibantu oleh penulis-penulis blog yang menyebabkan Abdullah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 walaupun Barisan Nasional (BN) masih lagi berkuasa.

Setahun selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga dan 5 negeri ke tangan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Anwar, Abdullah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Sokongan terhadap Najib ditarik balik

Menulis di blognya www.chedet.cc, Dr Mahathir mengumumkan beliau menarik kembali sokongannya terhadap Najib untuk menyedarkan perdana menteri di atas kelemahan polisi dan pentadbirannya.

Dr Mahathir mengatakan beliau tidak menyangka prestasi Najib lebih buruk dalam PRU13 berbanding Abdullah pada 2008.

Pemimpin Umno dalam menjawab kritikan Dr Mahathir terhadap Najib mengambil sikap berhati-hati.

Walaupun mempertahankan Najib, kebanyakan daripada mereka mengatakan menghormati pandangan bekas perdana menteri dan presiden Umno itu.

Terbaru Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semalam yang mahu Dr Mahathir tidak lagi mengkritik pentadbiran Najib secara terbuka kerana dikatakan akan memberikan peluru kepada pembangkang.

Ahmad Maslan, sama seperti Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya masih lagi tidak menjawab kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib.

Mereka hanya mengelak seperti Hishammuddin yang menjadikan contoh krisis Penerbangan Malaysia Airlines MH17 sebagai contoh kejayaan pentadbiran Najib.

Zahid pula mahu Dr Mahathir turut menghormati Najib kerana beliau kini memimpin pada zaman yang berbeza.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum menyatakan pendiriannya.

Dikhabarkan timbalan presiden Umno itu tidak akan mengadakan sidang akhbar dalam jangka masa terdekat untuk mengelak ditanya pemberita berhubung kritikan Dr Mahathir.

Fesyen gaun ketat bertudung Ziana Zain paling cun melecun

Penyanyi terkenal, Ziana Zain memang kelihatan lebih anggun dan menawan sejak berhijab beberapa bulan lalu selepas mendapat hidayah dari teguran anak sulungnya, Muhammad Aiman, 14 selang sebulan sebelumnya.

Meskipun sudah bertudung namun beliau tetap tidak kalah untuk bergaya. Buktinya, kakak kepada Anuar Zain itu tampil dengan busana berkonsep ringkas dan sederhana yang agak ketat dan sedikit menjolok mata. Kini, Ziana mendapat gelaran Jennifer Lopez Malaysia.


Sunday, August 3, 2014

saksikanlah ..Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PKR.. Saksikanlah

KUALA LUMPUR – Tahun 2008 hingga 2010 selepas PRU ke 12 yang lalu merupakan antara saat-saat getir bagi PAS di Kedah bagi menghadapi karenah, menjaga maruah PKR dan PR disamping mempertahankan air muka, kerajaan supaya tidak tersungkur di tengah- tengah perjuangan.

Menurut bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau merasa terpanggil untuk memberikan pandangan di atas kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor berikutan perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

“Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar.

“PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sanusi menambah, Rafizi Ramli serta Datuk Saifuddin Nasution yang bersungguh-sungguh mahu PAS supaya mengambil iktibar dan contoh dari sikap PKR Kedah dalam menghadapi kemelut Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing masih samar dengan situasi sebenar yang berlaku tatkala itu.

“Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

“Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang,” tambah Sanusi.

Jelasnya, semasa Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bergelar Menteri Besar Kedah, seorang ADUN telah dipaksa untuk meletak semua jawatan meskipun telah dinasihatkan oleh Menteri Besar sendiri supaya dilucutkan jawatan dari Exco, namun keputusan itu disanggah keras oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau.

“Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

“PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...,” tegasnya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Sanusi turut memberitahu PKR langsung tidak memperdulikan nasib dan kebajikan kesemua Adunnya sehinggakan PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah diisytiharkan muflis dan diiklankan di dada-dada akhbar hampir seratus ribu.

“MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut berpesan agar PKR di Selangor untuk tidak campur tangandalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan Menteri Besar dan mereka tidak seharusnya sama sekali menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah.

“Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

“Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?“Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat,” ujarnya. ~zaini ghan

h12